Antarabangsa
(VIDEO) Persembahan tarian ‘Kaabah’ di Festival Musim Riyadh timbulkan kemarahan
- Rakaman beredar dalam talian mengenai struktur seperti Kaabah dengan penari di sekelilingnya menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial Arab, sekali gus menimbulkan kemarahan atas dakwaan mengejek tapak paling suci umat Islam itu.
- Video diambil pada salah satu acara pembukaan Festival Musim Riyadh Arab Saudi itu menunjukkan struktur berbentuk kiub memaparkan visual dan cahaya terang dengan penari membuat persembahan di sekelilingnya.
- “Saudi memalukan Islam dengan ini. Ini adalah pembukaan musim hiburan Riyadh di Arab Saudi tahun ini. Mereka mempunyai model Kaabah yang suci di mana mereka memaparkan imej penyanyi dan penari,” demikian tulis seorang pengguna media sosial dipetik The New Arab pada Ahad.
- Pemerhati membandingkan adegan itu dengan ritual umat Islam di Kaabah — bangunan batu di tengah-tengah Masjidil Haram yang dikelilingi oleh jemaah haji dan umrah.
- Pihak berkuasa anti-khabar angin Arab Saudi mengesahkan tidak ada model atau replika Kaabah di negara itu dan struktur seperti kiub itu sebenarnya adalah empat cermin yang dipasang pada siling, dengan imej, model dan idola (idols) yang diproses secara digital untuk muncul pada struktur itu.
Rakaman beredar dalam talian mengenai struktur seperti Kaabah dengan penari di sekelilingnya menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial Arab, sekali gus menimbulkan kemarahan atas dakwaan mengejek tapak paling suci umat Islam itu.
Video diambil pada salah satu acara pembukaan Festival Musim Riyadh Arab Saudi itu menunjukkan struktur berbentuk kiub memaparkan visual dan cahaya terang dengan penari membuat persembahan di sekelilingnya.
“Saudi memalukan Islam dengan ini. Ini adalah pembukaan musim hiburan Riyadh di Arab Saudi tahun ini. Mereka mempunyai model Kaabah yang suci di mana mereka memaparkan imej penyanyi dan penari,” demikian tulis seorang pengguna media sosial dipetik The New Arab pada Ahad.
“Adakah masih ada ulama (agama) di Arab Saudi? Masih adakah orang Islam?,” tulis netizen yang lain.
Pemerhati membandingkan adegan itu dengan ritual umat Islam di Kaabah — bangunan batu di tengah-tengah Masjidil Haram yang dikelilingi oleh jemaah haji dan umrah.
Pihak berkuasa Saudi dilaporkan media tempatan sebagai menafikan kehadiran mana-mana idola atau model di sekeliling bangunan Kaabah semasa Festival Musim Riyadh.
Pihak berkuasa anti-khabar angin Arab Saudi mengesahkan tidak ada model atau replika Kaabah di negara itu dan struktur seperti kiub itu sebenarnya adalah empat cermin yang dipasang pada siling, dengan imej, model dan idola (idols) yang diproses secara digital untuk muncul pada struktur itu.
Pihak berkuasa Arab Saudi dalam kenyataan menambah “adalah menarik bahawa terdapat banyak struktur kiub yang terkenal di seluruh dunia, seperti kedai Apple yang indah di New York dan Berlin Cube di Jerman, tetapi ia tidak terlintas di fikiran sesiapa pun bahawa ia kelihatan seperti Kaabah, seperti yang dikatakan orang hari ini tentang Kerajaan (Arab Saudi)”.
Festival Musim Riyadh diadakan setiap tahun dengan kehadiran atlet dan penghibur dari seluruh dunia, di mana ia adalah sebahagian usaha Arab Saudi untuk menjadi hub sukan dan hiburan serta mempelbagaikan ekonominya.
Banyak pembaharuan liberal diperkenalkan Putera Mahkota Mohammed mencetuskan kontroversi dalam kalangan konservatif, yang melihat kerajaan dan pemerintahnya sebagai penjaga dua tapak paling suci Islam.
Arab Saudi awal tahun ini mula membina Mukaab, struktur kiub emas besar di Riyadh yang mungkin menjadi bangunan terbesar di dunia, di tengah-tengah kritikan bahawa ia menyerupai tapak suci Kaabah di Mekah.
Projek bernilai 50 bilion dolar itu ditetapkan pada ketinggian 400 meter dengan 400 meter panjang dan 400 meter lebar. – The Merdeka Times