Antarabangsa
Gencatan senjata Lubnan: Tentera Israel berundur dalam tempoh 60 hari
- Israel dan Hizbullah telah bersetuju dengan gencatan senjata diusahakan Amerika Syarikat (AS) di Lubnan, demikian umum Presiden AS, Joe Biden pada Selasa.
- Di bawah perjanjian gencatan senjata, yang akan berkuat kuasa Rabu jam 4 pagi waktu tempatan, pertempuran di sempadan Israel-Lubnan akan berakhir.
- Tentera Israel akan mengekalkan kedudukan mereka dan berundur dari Lubnan dalam tempoh 60 hari secara berperingkat.
- “Biar saya jelaskan, jika Hizbullah atau sesiapa sahaja melanggar perjanjian itu, dan menimbulkan ancaman langsung kepada Israel, maka Israel mengekalkan hak untuk mempertahankan diri selaras dengan undang-undang antarabangsa,” kata Biden dari Rumah Putih dipetik NBC News.
- Tentera Israel menceroboh selatan Lubnan dengan operasi darat pada awal Oktober selepas kumpulan Hizbullah melancarkan serangan ke atas Tel Aviv sebagai solidariti mendesak rejim zionis menghentikan perang genosid ke atas penduduk Palestin di Gaza.
Israel dan Hizbullah telah bersetuju dengan gencatan senjata diusahakan Amerika Syarikat (AS) di Lubnan, demikian umum Presiden AS, Joe Biden pada Selasa.
Di bawah perjanjian gencatan senjata, yang akan berkuat kuasa Rabu jam 4 pagi waktu tempatan, pertempuran di sempadan Israel-Lubnan akan berakhir.
Biden berkata gencatan senjata itu dirangka untuk menghentikan permusuhan secara kekal dengan AS dan sekutunya, termasuk Perancis, “akan memastikan perjanjian ini dilaksanakan sepenuhnya”.
“Biar saya jelaskan, jika Hizbullah atau sesiapa sahaja melanggar perjanjian itu, dan menimbulkan ancaman langsung kepada Israel, maka Israel mengekalkan hak untuk mempertahankan diri selaras dengan undang-undang antarabangsa,” kata Biden dari Rumah Putih dipetik NBC News.
Biden menegaskan perjanjian itu adalah untuk kepentingan terbaik Lubnan dan menyokong kedaulatannya, menambah rakyatnya, seperti penduduk Gaza, berhak menamatkan keganasan dan perpindahan.
“Rakyat Gaza telah melalui neraka. Dunia mereka benar-benar hancur,” kata Biden, menambah satu-satunya jalan keluar Hamas daripada perang dengan Israel adalah dengan membebaskan tebusan.
Perjanjian antara Israel dan Hizbullah yang “mengingatkan kita bahawa keamanan adalah mungkin”.
Tentera Israel akan mengekalkan kedudukan mereka dan berundur dari Lubnan dalam tempoh 60 hari secara berperingkat.
“Apabila tentera Lubnan mengerahkan dan sampai ke selatan, tentera Israel akan berundur,” kata pegawai itu, menambah dalam tempoh 50 hingga 60 hari, semua tentera Israel akan berundur sepenuhnya.
Tentera Israel menceroboh selatan Lubnan dengan operasi darat pada awal Oktober selepas kumpulan Hizbullah melancarkan serangan ke atas Tel Aviv sebagai solidariti mendesak rejim zionis menghentikan perang genosid ke atas penduduk Palestin di Gaza. – The Merdeka Times