Connect with us

Antarabangsa

Biro Politik Hamas tidak berpindah ke Turkiye

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sumber Kementerian Luar Turkiye
  • Sumber Kementerian Luar Turkiye pada Isnin menafikan dakwaan bahawa Biro Politik Hamas telah berpindah ke negara itu dari Qatar.
  • “Dakwaan bahawa Biro Politik Hamas telah berpindah ke Turkiye tidak mencerminkan kebenaran,” kata sumber itu dipetik agensi berita Anadolu pada Isnin.
  • Badan penyiaran awam Israel, Kan pada Ahad dipetik MEE sebagai melaporkan ahli Hamas berlepas dari Doha ke Turkiye selepas Qatar didakwa meminta mereka meninggalkan negara Teluk itu.
  • Awal bulan ini, Qatar secara rasmi menolak dakwaan bahawa ia telah meminta Hamas menutup pejabat perwakilannya di Doha.
  • Namun media melaporkan Qatar menyatakan kekecewaannya dengan rundingan terhenti, membawa kepada keputusan negara itu untuk berundur daripada peranannya sebagai  pengantara.

Sumber Kementerian Luar Turkiye pada Isnin menafikan dakwaan bahawa Biro Politik Hamas telah berpindah ke negara itu dari Qatar.

“Dakwaan bahawa Biro Politik Hamas telah berpindah ke Turkiye tidak mencerminkan kebenaran,” kata sumber itu dipetik agensi berita Anadolu pada Isnin.

Badan penyiaran awam Israel, Kan pada Ahad dipetik MEE sebagai melaporkan ahli Hamas berlepas dari Doha ke Turkiye selepas Qatar didakwa meminta mereka meninggalkan negara Teluk itu.

Beberapa media mendakwa langkah itu adalah kerana keengganan Hamas untuk merundingkan gencatan senjata dan perjanjian tebusan di Gaza.

Awal bulan ini, Qatar secara rasmi menolak dakwaan bahawa ia telah meminta Hamas menutup pejabat perwakilannya di Doha.

Namun media melaporkan Qatar menyatakan kekecewaannya dengan rundingan terhenti, membawa kepada keputusan negara itu untuk berundur daripada peranannya sebagai  pengantara.

Media melaporkan beberapa ahli Hamas telah berada di Turkiye sejak 2011 sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran banduan yang melibatkan tentera Israel, Gilad Shalit.

Allahyarham Ismail Haniyeh dan Saleh al-Arouri, dilaporkan melawat dan tinggal di Turkiye untuk tempoh lama sebelum pemimpin Hamas itu syahid dibunuh rejim zionis Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *