Antarabangsa
Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan Besar di Beirut sedang melaksanakan proses evakuasi 15 rakyat Malaysia bersama tiga warganegara asing yang merupakan pasangan kepada rakyat Malaysia berikutan keadaan keselamatan yang semakin meruncing di negara itu.
- Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan Besar di Beirut sedang melaksanakan proses evakuasi 15 rakyat Malaysia bersama tiga warganegara asing yang merupakan pasangan kepada rakyat Malaysia berikutan keadaan keselamatan semakin meruncing di negara itu.
- Kementerian dalam satu kenyataan pada Selasa berkata sembilan rakyat Malaysia telah meninggalkan negara itu secara sukarela, manakala empat rakyat Malaysia memilih kekal di Lubnan.
PUTRAJAYA — Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan Besar di Beirut sedang melaksanakan proses evakuasi 15 rakyat Malaysia bersama tiga warganegara asing yang merupakan pasangan kepada rakyat Malaysia berikutan keadaan keselamatan yang semakin meruncing di negara itu.
Kementerian dalam satu kenyataan pada Selasa berkata sembilan rakyat Malaysia telah meninggalkan negara itu secara sukarela manakala empat rakyat Malaysia memilih untuk terus kekal di Lubnan.
“Empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan meneruskan operasi di Lubnan,” menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang berterusan melancarkan serangan ketenteraan melalui serangan udara dan darat ke atas Lubnan.
“Kekejaman rejim Zionis Israel ini secara jelas telah melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa yang mengancam keselamatan, kestabilan serta kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan,” menurut kenyataan itu.
Kementerian itu turut menekankan adalah penting bagi semua pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang di rantau berkenaan.
“Malaysia bersolidariti bersama Lubnan dan masyarakat antarabangsa untuk mendesak rejim Zionis Israel melaksanakan gencatan senjata segera bagi mengelakkan bencana kemanusiaan yang lebih dahsyat di Lubnan,” tambah kenyataan itu. — BERNAMA
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia