Terkini
Masih tak faham bahasa, lima premis diarah turunkan papan iklan tulisan Cina
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan 14 hari kepada lima pemilik premis untuk menurunkan papan iklan tulisan Cina sekitar Jalan Imbi di sini selepas didapati melanggar Undang-undang Kecil Iklan (WP) 1982 dengan meminggirkan Bahasa Melayu di papan iklan mereka.

- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan 14 hari kepada lima pemilik premis untuk menurunkan papan iklan tulisan Cina sekitar Jalan Imbi di sini selepas didapati melanggar Undang-undang Kecil Iklan (WP) 1982 dengan meminggirkan Bahasa Melayu di papan iklan mereka.
- Walaupun peraturan itu sudah lama diperkenalkan, namun masih terdapat premis sekitar Bukit Bintang tidak faham akan penetapan tersebut atau berpura-pura lupa tentang kepentingan bahasa Melayu.
- “Ya, nampaknya mereka lebih gemar mempamerkan bahasa lain. Tak apa, kita bantu ingatkan mereka dengan kompaun dan Notis Penguatkuasaan,” kata DBKL menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu bertajuk, ‘MASIH TAK FAHAM BAHASA? DBKL TERPAKSA AMBIL TINDAKAN!’ yang turut memuat naik beberapa gambar premis menggunakan papan iklan tulisan Cina.
KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan 14 hari kepada lima pemilik premis untuk menurunkan papan iklan tulisan Cina sekitar Jalan Imbi di sini selepas didapati melanggar Undang-undang Kecil Iklan (WP) 1982 dengan meminggirkan Bahasa Melayu di papan iklan mereka.
DBKL berkata walaupun peraturan itu sudah lama diperkenalkan, namun masih terdapat premis sekitar Bukit Bintang tidak faham akan penetapan tersebut atau berpura-pura lupa tentang kepentingan bahasa Melayu.
“Melalui satu video tular di media sosial, DBKL turun padang untuk ‘menyegarkan’ ingatan mereka tentang peraturan ini.
“Ya, nampaknya mereka lebih gemar mempamerkan bahasa lain. Tak apa, kita bantu ingatkan mereka dengan kompaun dan Notis Penguatkuasaan.
“Sekarang, mereka ada 14 hari untuk turunkan iklan tersebut, atau tindakan selanjutnya akan menyusul,” kata DBKL menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu bertajuk, ‘MASIH TAK FAHAM BAHASA? DBKL TERPAKSA AMBIL TINDAKAN!’ yang turut memuat naik beberapa gambar premis menggunakan papan iklan tulisan Cina.
Menerusi hantaran sama, DBKL menegaskan pihaknya akan terus memantau dan memastikan premis lain juga tidak ‘terlupa’ pada masa akan datang.
DBKL turut meminta kerjasama orang awam untuk terus melapor di https://adukl.dbkl.gov.my/ jika terlihat mana-mana papan iklan yang ‘gagal faham’ peraturan ditetapkan itu. — The Merdeka Times
