Connect with us

Antarabangsa

Komander Israel terbunuh dalam kereta kebal di utara Gaza

Seorang kolonel Israel terbunuh dalam pertempuran di utara Gaza, kata tentera rejim dalam kenyataan pada Ahad, ketika pejuang Hamas menyerang penceroboh Israel di wilayah Palestin yang dikepung.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang kolonel Israel terbunuh dalam pertempuran di utara Gaza, kata tentera rejim dalam kenyataan pada Ahad, ketika pejuang Hamas menyerang penceroboh Israel di wilayah Palestin yang dikepung.
  • Yedioth Ahronoth berkata beliau adalah komander kepada briged perisai ke-401 Israel.
  • Menurut laporan Walla, Kolonel Ehsan Daxa, 41, terbunuh dalam pertempuran selepas kereta kebalnya terkena bahan letupan di Jabaliya.
  • Daxa dianggap sebagai pegawai tertinggi yang mati dalam pertempuran darat sejak permulaan rejim Israel melancarkan perang genosid ke atas Gaza.
  • TRT World melaporkan Hamas telah mengeluarkan rakaman di akaun Telegram rasminya yang menyasarkan kereta kebal Israel dengan bahan letupan menggunakan peluru berpandu Israel yang tidak meletup.

Seorang kolonel Israel terbunuh dalam pertempuran di utara Gaza, kata tentera rejim dalam kenyataan pada Ahad, ketika pejuang Hamas menyerang penceroboh Israel di wilayah Palestin yang dikepung.

Yedioth Ahronoth berkata beliau adalah komander kepada briged perisai ke-401 Israel.

Menurut laporan Walla, Kolonel Ehsan Daxa, 41, terbunuh dalam pertempuran selepas kereta kebalnya terkena bahan letupan di Jabaliya.

Daxa dianggap sebagai pegawai tertinggi yang mati dalam pertempuran darat sejak permulaan rejim Israel melancarkan perang genosid ke atas Gaza.

Semasa kejadian, Daxa dan seorang lagi pegawai tentera Israel dilaporkan tiba dengan kereta kebal berasingan di tempat peninjauan di Jabaliya.Ā 

Alat letupan dengan tripwire dilaporkan telah diletupkan, kira-kira 20 meter dari kedua-dua kereta kebal bersebelahan itu, membunuh Daxa dengan serta merta.

TRT World melaporkan Hamas telah mengeluarkan rakaman di akaun Telegram rasminya yang menyasarkan kereta kebal Israel dengan bahan letupan menggunakan peluru berpandu Israel yang tidak meletup.Ā 

Gerakan penentangan itu mengumumkan serangan hendap kompleks terhadap tentera Israel.

Hamas berkata pejuangnya menyusup di belakang tentera rejim dan menyerang dua kenderaan berperisai (APC) dengan bahan letupan dan peluru, membunuh dan mencederakan ramai daripada tentera Israel.

Pejuang juga menyasarkan sebuah kereta kebal Merkava berhampiran persimpangan Saftawi di kem pelarian Jabalia, kata Hamas.

Memasuki 380 hari perang genosid Israel ke atas Gaza, sekurang-kurangnya 42,603 rakyat Palestin terbunuh dengan hampir 100,000 cedera, 10,000 lagi dilaporkan terkubur di bawah runtuhan bangunan.

Israel juga membunuh sekurang-kurangnya 2,448 orang di Lubnan sejak Oktober tahun lalu. ā€“ The Merdeka Times

Author