Connect with us

Terkini

“Cikgu ramai ambil MC” kenyataan sangat tidak bertanggungjawab – NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berkata sebarang kenyataan yang mengaitkan guru sebagai kelompok penjawat awam paling ramai mengambil sijil cuti sakit atau medical certificate (MC) tanpa disertakan data sahih dan bukti kukuh adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon.
  • Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berkata sebarang kenyataan yang mengaitkan guru sebagai kelompok penjawat awam paling ramai mengambil sijil cuti sakit atau medical certificate (MC) tanpa disertakan data sahih dan bukti kukuh adalah sangat tidak bertanggungjawab. 
  • Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon berkata dakwaan itu secara langsung mempertikaikan profesionalisme 450,000 guru yang sangat cemerlang menjalankan tugas mendidik anak bangsa.
  • Ia juga secara tidak langsung dilihat mempertikaikan tahap profesionalisme dan etika kerja Pegawai Perubatan yang komited menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.
  • Kenyataan NUTP itu dikeluarkan pada Selasa sebagai respon kepada kenyataan akhbar CUEPACS pada 30 September lalu yang dilaporkan mendedahkan guru merupakan kumpulan penjawat awam paling ramai terlibat dalam salah laku memalsukan sijil cuti sakit atau MC.

KUALA LUMPUR — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berkata sebarang kenyataan yang mengaitkan guru sebagai kelompok penjawat awam paling ramai mengambil sijil cuti sakit atau medical certificate (MC) tanpa disertakan data sahih dan bukti kukuh adalah sangat tidak bertanggungjawab. 

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon berkata dakwaan itu secara langsung mempertikaikan profesionalisme 450,000 guru yang sangat cemerlang menjalankan tugas mendidik anak bangsa.

Ia juga secara tidak langsung dilihat mempertikaikan tahap profesionalisme dan etika kerja Pegawai Perubatan yang komited menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

Fouzi Singon berkata Perintah Am 15 Bab C memperuntukkan Ketua Jabatan boleh menggunakan budi bicaranya untuk menerima sijil sakit dikeluarkan doktor swasta bagi tujuan meluluskan cuti sakit. 

Katanya, peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit swasta itu telah diperjelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006 iaitu melalui surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, JPA.SARAAN (S) 43/34. Jld.3(24) bertarikh 18 Februari 2022 di mana kerajaan telah membuat Penambahbaikan Peraturan Pengesahan Sijil Sakit Swasta yang Melebihi 15 Hari Bagi Rawatan Pesakit Luar oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

“Dalam konteks guru, sijil sakit akan diberikan kepada seseorang guru oleh Pegawai Perubatan yang bertauliah sama ada yang berkhidmat di hospital atau klinik kerajaan atau pun Pegawai Perubatan berkhidmat di hospital atau klinik swasta.

“Sijil sakit (MC) ini diberikan setelah Pegawai Perubatan mendapati seseorang guru tersebut tidak sihat untuk menjalankan tugasnya dengan sempurna untuk tempoh tertentu.

“Sebarang kenyataan oleh sesiapa sahaja yang mengaitkan bahawa “CIKGU RAMAI AMBIL MC” tanpa disertakan data sahih dan bukti kukuh adalah satu kenyataan sangat tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi satu kenyataan media yang disiarkan di Facebook pada Selasa.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respon kepada kenyataan akhbar Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 30 September lalu yang dilaporkan mendedahkan guru merupakan kumpulan penjawat awam paling ramai terlibat dalam salah laku memalsukan sijil cuti sakit atau MC.

Selain itu, ada guru dikesan sengaja memohon cuti kecemasan (EL) untuk kepenti­ngan peribadi. 

CUEPACS dilaporkan sebagai berkata, setiap tahun kira-kira satu hingga dua peratus daripada 10,000 penjawat awam dikenal pasti memberi cuti sakit palsu selain sengaja menggunakan cuti kecemasan semata-mata mahu melanjutkan tempoh bercuti. 

Mengulas lanjut, Fouzi Singon berkata jika didapati benar ada dalam kalangan guru mengambil sijil cuti sakit palsu, maka tindakan perlu diambil ke atasnya berdasarkan undang-undang, peraturan atau seksyen sedia ada. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending