Connect with us

Antarabangsa

Ahli politik Israel korbankan nyawa awam untuk kekal berkuasa — Anwar

Tindakan ahli politik Israel mengorbankan nyawa masyarakat awam yang tidak bersalah adalah semata-mata untuk kekal berkuasa dan mengelak dipenjarakan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Tindakan ahli politik Israel mengorbankan nyawa masyarakat awam yang tidak bersalah adalah semata-mata untuk kekal berkuasa dan mengelak dipenjarakan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri dalam kenyataannya di platform X hari ini berkata, pencerobohan Israel ke atas Lubnan, Syria dan Yaman bertujuan mengalihkan perhatian masyarakat global daripada kekejaman dan genosid rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
  • “Pencerobohan dan serangan berterusan oleh Israel di Lubnan, Syria dan Yaman adalah usaha sengaja untuk mengalih perhatian masyarakat global daripada kekejaman brutal dan tindakan genosid (pembunuhan beramai-ramai) rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat. 
  • “Peningkatan ini jelas bertujuan untuk memastikan pemimpin politik Israel yang sedang berkuasa kekal di tampuk pemerintahan dan terhindar daripada hukuman penjara dengan mengorbankan nyawa orang tidak berdosa demi kepentingan politik seseorang,” kata Anwar.
  • Perdana Menteri turut menggesa kitaran tindakan dan reaksi ini dihentikan supaya ia tidak melibatkan lebih ramai pihak ke dalam konflik yang berpotensi memberi impak kemusnahan pada skala besar.

KUALA LUMPUR – Tindakan ahli politik Israel mengorbankan nyawa masyarakat awam yang tidak bersalah adalah semata-mata untuk kekal berkuasa dan mengelak dipenjarakan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dalam kenyataannya di platform X hari ini berkata, pencerobohan Israel ke atas Lubnan, Syria dan Yaman bertujuan mengalihkan perhatian masyarakat global daripada kekejaman dan genosid rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

“Pencerobohan dan serangan berterusan oleh Israel di Lubnan, Syria dan Yaman adalah usaha sengaja untuk mengalih perhatian masyarakat global daripada kekejaman brutal dan tindakan genosid (pembunuhan beramai-ramai) rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat. 

“Peningkatan ini jelas bertujuan untuk memastikan pemimpin politik Israel yang sedang berkuasa kekal di tampuk pemerintahan dan terhindar daripada hukuman penjara dengan mengorbankan nyawa orang tidak berdosa demi kepentingan politik seseorang,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut menggesa kitaran tindakan dan reaksi ini dihentikan supaya ia tidak melibatkan lebih ramai pihak ke dalam konflik yang berpotensi memberi impak kemusnahan pada skala besar.

“Kita mesti segera menghalang kitaran tindakan dan tindak balas yang berbahaya ini, yang mengancam untuk melibatkan lebih banyak pihak dalam konflik, memperdalamkan lagi ketidakstabilan dan memperluaskan skala kemusnahan.

“Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk segera mengambil tindakan bagi mengurangkan permusuhan dan mewujudkan keadaan yang diperlukan untuk mencegah tercetusnya konflik serantau yang lebih meluas,” kata Anwar susulan ketegangan memuncak di Timur Tengah. 

Iran dilaporkan melancarkan ratusan peluru berpandu balistik ke arah Israel yang sebelum ini menyerang sekutu Iran, Lubnan. 

Rejim zionis Israel juga menyerang dan mengebom Yaman dan Syria selain meneruskan pembunuhan beramai-ramai ke atas warga Palestin di wilayah konflik Gaza. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending