Connect with us

Terkini

(VIDEO) Isu sijil halal: Teresa Kok tidak bersalah, bukan perkara 3R – Guan Eng

Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menegaskan Teresa Kok tidak bersalah ekoran kenyataan kontroversi beliau berkaitan isu pensijilan halal, baru-baru ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Naib Presiden DAP, Teresa Kok (kiri) & Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng (kanan)
  • “Parti DAP telah membuat satu pendirian yang jelas bahawa Teresa Kok tidak bersalah beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang Ahli Parlimen untuk meluahkan pandangan dan juga kebimbangan yang dilahirkan pelbagai pihak, termasuk pengundi-pengundinya.
  • “Ini bukanlah perkara 3R (raja, agama dan kaum) seperti dituduh pihak tertentu kerana daripada segala lapisan rakyat sama ada daripada golongan Islam atau bukan Islam pun telah menyampaikan pandangan mereka.
  • “Kita harap biarlah ia diuruskan secara profesional di mana seorang ahli parlimen harus diberikan ruang untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau oleh pengundinya merekalah yang paling penting sekali,” kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menerusi klip video sidang media yang dimuat naik di Facebook Teresa Kok pada Selasa.
  • Difahamkan sidang media itu dibuat susulan Teresa memberi keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman semalam bagi membantu siasatan berhubung isu sijil halal.
  • Teresa pada Jumaat lalu dilaporkan berkata cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol berpotensi menambah beban kepada perniagaan, termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.
  • Beliau berkata langkah itu juga bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menegaskan Teresa Kok tidak bersalah ekoran kenyataan kontroversi beliau berkaitan isu pensijilan halal, baru-baru ini.

Guan Eng berkata Teresa Kok yang juga Naib Presiden DAP hanya menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen untuk meluahkan pandangan dan kebimbangan dilahirkan pelbagai pihak, termasuk pengundinya.

Katanya, badan guaman DAP diketuai Ram Karpal Singh dan Syahredzan Johan telah diarahkan untuk memastikan Ahli Parlimen Seputeh itu mendapat pembelaan sepenuhnya.

“Parti DAP telah membuat satu pendirian yang jelas bahawa Teresa Kok tidak bersalah beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang Ahli Parlimen untuk meluahkan pandangan dan juga kebimbangan yang dilahirkan pelbagai pihak, termasuk pengundi-pengundinya.

“Ini bukanlah perkara 3R (raja, agama dan kaum) seperti dituduh pihak tertentu kerana daripada segala lapisan rakyat sama ada daripada golongan Islam atau bukan Islam pun telah menyampaikan pandangan mereka.

“Kita harap biarlah ia diuruskan secara profesional di mana seorang ahli parlimen harus diberikan ruang untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau oleh pengundinya merekalah yang paling penting sekali,” katanya menerusi klip video sidang media yang dimuat naik di Facebook Teresa Kok pada Selasa.

Difahamkan, sidang media itu dibuat selepas Teresa memberi keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya berkaitan isu sijil halal.

Polemik berkaitan pensijilan halal berlaku selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan JAKIM mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Susulan itu, Teresa pada Jumaat lalu dilaporkan berkata cadangan tersebut berpotensi menambah beban kepada perniagaan, termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Teresa berkata langkah itu juga bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

Bantahan itu kemudian mengundang kritikan beberapa pihak, antaranya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil yang meminta Teresa menarik balik kenyataan sensitif beliau.

Beberapa laporan polis dibuat terhadap Teresa dan beliau memberi keterangan di ibu pejabat polis di Bukit Aman semalam di mana lebih 20 soalan diajukan kepada beliau dan polis tidak membuat sebarang rampasan telefon bimbit.

Teresa kemudian pada Ahad menjelaskan gesaannya supaya cadangan itu dikaji semula tidak bermaksud beliau mempersoalkan pensijilan halal, peranan JAKIM atau tidak menghormati agama Islam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending