Connect with us

Antarabangsa

Tiada bukti sekolah UNRWA digunakan pejuang HAMAS – Jurucakap PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengesahkan tiada bukti yang menyokong dakwaan Israel bahawa kemudahan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) digunakan Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap PBB, Stephane Dujarric.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengesahkan tiada bukti yang menyokong dakwaan Israel bahawa kemudahan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) digunakan Hamas.
  • “Kami tiada bukti,” kata Jurucakap PBB, Stephane Dujarric dipetik agensi berita Anadolu.
  • Kenyataan Dujarric itu bagi menjawab dakwaan Israel kononnya ada penglibatan kumpulan penentangan Palestin di Sekolah Al-Jaouni yang dikendalikan UNRWA di mana 12,000 penduduk Gaza yang terusir berlindung.
  • Sekurang-kurangnya enam kakitangan UNRWA antara 18 mangsa bunuh dalam serangan Israel pada Rabu, termasuk pengurus pusat perlindungan UNRWA kawasan itu.
  • PBB “bekerja sekeras mungkin untuk mengekalkan keseimbangan antara memastikan keselamatan kakitangan kami dan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan orang awam Gaza,” kata Dujarric.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengesahkan tiada bukti yang menyokong dakwaan Israel bahawa kemudahan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) digunakan Hamas.

“Kami tiada bukti,” kata Jurucakap PBB, Stephane Dujarric dipetik agensi berita Anadolu.

Kenyataan Dujarric itu bagi menjawab dakwaan Israel kononnya ada penglibatan kumpulan penentangan Palestin di Sekolah Al-Jaouni yang dikendalikan UNRWA di mana 12,000 penduduk Gaza yang terusir berlindung.

Sekurang-kurangnya enam kakitangan UNRWA antara 18 mangsa bunuh dalam serangan Israel pada Rabu, termasuk pengurus pusat perlindungan UNRWA kawasan itu.

PBB “bekerja sekeras mungkin untuk mengekalkan keseimbangan antara memastikan keselamatan kakitangan kami dan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan orang awam Gaza,” kata Dujarric.

PBB juga menghubungi “peringkat tertinggi kerajaan Israel” untuk menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan kakitangan dan cabaran operasi.

Utusan Israel ke PBB, Danny Dannon menuduh kakitangan UNRWA terbunuh dalam serangan itu sebagai sebahagian daripada kumpulan “pengganas”.

Sebagai tindak balas, Dujarric berkata “kami bukan dalam kedudukan untuk mengesahkannya, untuk menafikannya. Fokus kami adalah pada kesihatan kemanusiaan”.

Menegaskan semua pihak harus mengelak penggunaan tapak awam untuk melancarkan atau menyasarkan serangan, Dujarric berkata sekolah itu adalah tempat perlindungan dikendalikan UNRWA dan menurutnya “jika ada yang menyalahgunakannya, kami akan mengetahuinya”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending