Connect with us

Antarabangsa

Kumpulan Muslim AS desak pengundi sokong Jill Stein, Cornel West atau calon pro-Palestin

Kumpulan Muslim-Amerika yang marah dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap tindakan Israel menghancurkan Gaza meminta pengundi Muslim di negara itu menyokong Jill Stein, Cornel West atau calon pro-Palestin lain dalam pilihan raya AS akan datang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Jill Stein (kiri) & Cornel West (Kanan).
  • Kumpulan Muslim-Amerika yang marah dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap tindakan Israel menghancurkan Gaza meminta pengundi Muslim di negara itu menyokong Jill Stein, Cornel West atau calon pro-Palestin lain dalam pilihan raya AS akan datang.
  • Mereka juga menggalakkan pengundi menyokong mana-mana calon presiden yang menyokong gencatan senjata kekal di Gaza dalam pemilihan presiden AS pada November ini.
  • “Selepas rundingan, perbincangan, dan pertimbangan meluas, Task Force Pilihan Raya Muslim Amerika 2024 memutuskan untuk menggalakkan Muslim Amerika mengundi mana-mana calon presiden yang menyokong gencatan senjata kekal di Gaza dan embargo senjata AS terhadap kerajaan Israel seperti calon Dr Jill Stein, Dr Cornel West atau Chase Oliver,” menurut kenyataan Task Force Pilihan Raya Muslim Amerika 2024 dipetik Middle East Eye.
  • Task Force Pilihan Raya Muslim Amerika 2024 adalah sebuah kumpulan payung dibentuk tahun ini, terdiri daripada beberapa organisasi Muslim terkemuka, termasuk cabang politik Americans for Justice in Palestine (AJP), Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) dan Majlis Organisasi Muslim AS.

Kumpulan Muslim-Amerika yang marah dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap tindakan Israel menghancurkan Gaza meminta pengundi Muslim di negara itu menyokong Jill Stein, Cornel West atau calon pro-Palestin lain dalam pilihan raya AS akan datang.

Mereka juga menggalakkan pengundi menyokong mana-mana calon presiden yang menyokong gencatan senjata kekal di Gaza dalam pemilihan presiden AS pada November ini.

“Selepas rundingan, perbincangan, dan pertimbangan meluas, Task Force Pilihan Raya Muslim Amerika 2024 memutuskan untuk menggalakkan Muslim Amerika mengundi mana-mana calon presiden yang menyokong gencatan senjata kekal di Gaza dan embargo senjata AS terhadap kerajaan Israel seperti calon Dr Jill Stein, Dr Cornel West atau Chase Oliver,” menurut kenyataan Task Force Pilihan Raya Muslim Amerika 2024 dipetik Middle East Eye.

Task Force Pilihan Raya Muslim Amerika 2024 adalah sebuah kumpulan payung dibentuk tahun ini, terdiri daripada beberapa organisasi Muslim terkemuka, termasuk cabang politik Americans for Justice in Palestine (AJP), Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) dan Majlis Organisasi Muslim AS.

Selain menyeru Muslim Amerika mengundi calon pro-Palestin di peringkat presiden, task force itu juga menekankan keperluan untuk mengundi calon di peringkat bawah yang turut memperjuangkan gencatan senjata di Gaza dan embargo senjata terhadap Israel.

Kenyataan itu tidak memberi sokongan khusus kepada mana-mana calon presiden dan dikeluarkan selepas perbincangan panjang antara pemimpin-pemimpin organisasi Muslim terkemuka itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending