Terkini
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa, termasuk majlis agama Islam untuk segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan berhubung dakwaan salah laku syarikat GISB Holdings Sdn Bhd.
- Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman di Kajang hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu penting dan tidak boleh dilengahkan kerana melibatkan soal penyalahgunaan kuasa, agama dan penderaan kanak-kanak.
- “Biar polis buat siasatan dan ambil tindakan ikut undang-undang dan pihak majlis agama terutama wilayah (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan JAIS …. JAKIM yang ada kekuatan penyiasatan dan penyelidikan untuk memberikan nasihat.
- “Biar ada saluran dan jangan lengahkan. Ramai tanya mengapa ada kelewatan atau kelengahan dalam mengambil tindakan? Jadi, saya telah bawa kepada badan-badan ini untuk ambil tindakan segera, siasatan dan laporan,” katanya.
- Media baru-baru ini melaporkan PDRM sedang menyiasat GISB atas dakwaan mengeksploitasi kanak-kanak di 20 rumah amal milik rangkaian syarikat itu.
KAJANG — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa, termasuk majlis agama Islam untuk segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan berhubung dakwaan salah laku syarikat GISB Holdings Sdn Bhd.
Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu penting dan tidak boleh dilengahkan kerana melibatkan soal penyalahgunaan kuasa, agama serta penderaan kanak-kanak.
“Biar polis buat siasatan dan ambil tindakan ikut undang-undang dan pihak majlis agama terutama wilayah (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) …. JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang ada kekuatan penyiasatan dan penyelidikan untuk memberikan nasihat.
“Biar ada saluran dan jangan lengahkan. Ramai tanya mengapa ada kelewatan atau kelengahan dalam mengambil tindakan? Jadi, saya telah bawa kepada badan-badan ini untuk ambil tindakan segera, siasatan dan laporan,” katanya.
Media baru-baru ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat GISB atas dakwaan mengeksploitasi kanak-kanak di 20 rumah amal milik rangkaian syarikat itu.
Rabu lepas, PDRM dilaporkan menyelamatkan sebanyak 201 kanak-kanak lelaki dan 201 kanak-kanak perempuan berusia antara setahun dan 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan menerusi Op Global.
Polis turut menahan 171 individu terdiri daripada tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian berumur 17 hingga 64 tahun bagi membantu siasatan.
Sementara itu, mengulas dakwaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Anwar dalam jawapan ringkas berkata, “Biarlah dia (Abdul Hadi) seorang sahaja yang kuat”.
Baru-baru ini, Abdul Hadi dilaporkan mengkritik parti Melayu dalam Kerajaan Perpaduan lemah dan tidak berwibawa untuk menangani rakan komponen bukan Islam, termasuk dalam isu sijil halal sekali gus menyebabkan pemimpin bukan Islam “naik kepala”. — BERNAMA
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord