Connect with us

Antarabangsa

“Gaza, Jenin, Tulkarm, Nablus. Anda tidak akan pernah berjalan sendirian” – Penyokong Celtic

Peminat kelab bola sepak Celtic di Scotland mengulangi solidariti mereka dengan Palestin dalam menghadapi hampir setahun serangan Israel ke atas Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Peminat kelab bola sepak Celtic di Scotland mengulangi solidariti mereka dengan Palestin.
  • Peminat kelab bola sepak Celtic di Scotland mengulangi solidariti mereka dengan Palestin dalam menghadapi hampir setahun serangan Israel ke atas Gaza, lapor agensi berita Anadolu.
  • Peminat pasukan Scotland mempamerkan sepanduk pro-Palestin semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA di Glasgow menentang Slovan Bratislava pada Rabu malam.
  • “Mereka boleh menindas anda, mereka boleh memenjarakan anda, tetapi mereka tidak akan mematahkan semangat anda. Gaza, Jenin, Tulkarm, Nablus. Anda tidak akan pernah berjalan sendirian,” kata sepanduk penyokong Celtic dipamerkan di Celtic Park.
  • Penyokong Celtic juga mengibarkan bendera Palestin untuk menunjukkan pendirian mereka menentang serangan Israel ke atas Palestin.
  • Israel telah membunuh lebih 41,000 warga Palestin di Gaza, majoritinya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 95,500 sejak 7 Oktober tahun lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Peminat kelab bola sepak Celtic di Scotland mengulangi solidariti mereka dengan Palestin dalam menghadapi hampir setahun serangan Israel ke atas Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

Peminat pasukan Scotland mempamerkan sepanduk pro-Palestin semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA di Glasgow menentang Slovan Bratislava pada Rabu malam.

“Mereka boleh menindas anda, mereka boleh memenjarakan anda, tetapi mereka tidak akan mematahkan semangat anda. Gaza, Jenin, Tulkarm, Nablus. Anda tidak akan pernah berjalan sendirian,” kata sepanduk penyokong Celtic dipamerkan di Celtic Park.

Penyokong Celtic juga mengibarkan bendera Palestin untuk menunjukkan pendirian mereka menentang serangan rejim Israel ke atas Palestin.

Celtic kendalian Brendan Rodgers menewaskan Slovan Bratislava 5-1 dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara, permulaan cemerlang dalam pertandingan kelab peringkat teratas Eropah.

Melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang menggesa gencatan senjata segera, rejim zionis Israel meneruskan serangan kejam ke atas Gaza sejak serangan balas Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Kumpulan pejuang Palestin berpangkalan di Gaza itu dilaporkan melakukan serangan rentas sempadan pada tarikh itu ekoran penindasan berterusan rejim ke atas Palestin sejak 1948 dan ‘pencemaran’ ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Israel telah membunuh lebih 41,000 warga Palestin di Gaza, majoritinya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 95,500 sejak 7 Oktober tahun lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Ia juga berdepan tuduhan melakukan genosid (pembunuhan beramai-ramai) ke atas warga Palestin di Gaza di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending