Connect with us

Terkini

Formula khusus percepat proses tentukan kadar nafkah anak – Mohd Na’im

Kerajaan bersedia untuk mewujudkan formula khusus yang boleh diguna pakai oleh semua Mahkamah Syariah dalam menentukan kadar perintah nafkah anak kepada ibu bapa yang bercerai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Kerajaan bersedia mewujudkan formula khusus yang boleh diguna pakai semua Mahkamah Syariah dalam menentukan kadar perintah nafkah anak kepada ibu bapa yang bercerai.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata dengan adanya formula itu, proses penentuan kadar nafkah yang sering menjadi perdebatan sebelum ini dapat diatasi sekali gus mempercepat proses hak nafkah sampai kepada anak-anak terbabit.
  • “Di negara luar, mereka ada formula khusus yang dibangunkan bagi tentukan kadar nafkah anak, bermakna apabila berlaku kes penceraian, kadar itu akan diguna sebagai panduan,” katanya.
  • Amalan itu berbeza berbanding Malaysia iaitu mahkamah masih perlu melalui prosedur mendengar keterangan bapa, isteri dan anak serta proses tersebut sahaja mengambil masa berbulan-bulan, selain adakalanya disalah guna untuk memanjangkan kes tuntutan nafkah.
  • Mohd Na’im berkata demikian pada sidang media selepas menutup Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Keluarga (ICFL) 2024 bertemakan “Memperkasakan Hak Nafkah Anak” di  Shah Alam pada Khamis.

SHAH ALAM — Kerajaan bersedia untuk mewujudkan formula khusus yang boleh diguna pakai oleh semua Mahkamah Syariah dalam menentukan kadar perintah nafkah anak kepada ibu bapa yang bercerai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata dengan adanya formula itu, proses penentuan kadar nafkah yang sering menjadi perdebatan sebelum ini dapat diatasi sekali gus mempercepat proses hak nafkah sampai kepada anak-anak terbabit.

“Di negara luar, mereka ada formula khusus yang dibangunkan bagi tentukan kadar nafkah anak, bermakna apabila berlaku kes penceraian, kadar itu akan diguna sebagai panduan.

“Dengan formula itu, tempoh masa untuk tentukan kadar nafkah yang akan diterima dapat diputuskan dengan lebih cepat tanpa perlu melalui proses mediasi yang biasanya memakan masa yang panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menutup Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Keluarga (ICFL) 2024 bertemakan “Memperkasakan Hak Nafkah Anak” di sini pada Khamis.

Mohd Na’im berkata amalan itu adalah berbeza berbanding Malaysia iaitu mahkamah masih perlu melalui prosedur mendengar keterangan bapa, isteri dan anak dan proses itu sahaja mengambil masa berbulan-bulan selain adakalanya disalah guna untuk memanjangkan kes tuntutan nafkah.

Beliau berkata bagi negara luar, mahkamah menurunkan kuasa kepada sebuah agensi khusus yang akan menjalankan tugas pentadbiran bagi menentukan jumlah, kadar, kutipan dan penguatkuasaan perintah nafkah.

“Perkara yang dilaksanakan di negara barat ini ada dikongsi dalam ECFL dan juga dimasukkan sebagai antara resolusi persidangan…saya harap Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah dapat pelajari dan tambah baik mengikut kesesuaian di sini,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat keperluan untuk memanjangkan tempoh penjara maksimum 30 hari yang dikuatkuasakan kepada bapa yang ingkar perintah nafkah ketika ini, Mohd Na’im berkata: “peruntukan undang-undang itu adalah memadai buat masa ini’.

Beliau berkata bapa yang culas memberikan nafkah seperti diarahkan mahkamah dan dipenjara biasanya akan ‘menyerah’ dan ‘berputus asa’ selepas sehari atau dua hari di dalam penjara.

“Saya ingat satu kes di depan saya, dia (penculas) ingat duduk di penjara macam duduk di hotel atau apa. Masuk sehari terus setuju bayar tunggakan nafkah untuk segera keluar dari penjara,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending