Terkini
Dibesarkan keluarga anti-Islam, gadis Perancis tetap peluk Islam
Seorang gadis Perancis berusia 19 tahun tetap memeluk Islam walaupun membesar dalam kalangan ahli keluarga yang anti-Islam.
- Gadis bernama Emma itu menyifatkan ‘hidayah’ yang diterima beliau adalah satu hadiah daripada Allah kerana sebelum ini beliau dibesarkan tanpa sebarang pegangan agama di Perancis yang sangat anti-Islam.
- Ibu bapa dan ahli keluarganya juga dikatakan berhaluan kanan dan amat anti-Islam di mana ketika gadis berusia 19 tahun itu mengambil keputusan untuk memeluk Islam ia ditentang keras mereka.
- “Namun entah kenapa saya tidak terfikir langsung tentang agama lain tetapi hanya terfikir tentang Islam. Saya membaca buku, mendengar kuliah di medsos (sosial media) dan mengkaji tentang Islam. Kenapa mereka (ahli keluarga dan masyarakat Perancis) benci Islam?
- “Akhirnya apa yang saya jumpai sangat jauh berbeza dengan apa yang mereka (pembenci Islam) beritahu kepada saya. Lalu saya mengucap dua kalimah syahadah sendiri,” katanya ketika ditanyakan apakah yang berlaku hinggakan beliau yang berasal dari Paris itu dan mempunyai ibu bapa berhaluan kanan serta sangat anti-Islam memilih memeluk Islam.
- Kisah pengislaman Emma itu dikongsikan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di media sosial beliau hari ini selepas gadis terbabit hadir ke pejabat Multiracial Reverted Muslims (MRM) pada Rabu.
KUALA LUMPUR — Seorang gadis Perancis berusia 19 tahun tetap memeluk Islam walaupun membesar dalam kalangan ahli keluarga yang anti-Islam.
Gadis bernama Emma itu menyifatkan ‘hidayah’ yang diterima beliau adalah satu hadiah daripada Allah kerana sebelum ini beliau dibesarkan tanpa sebarang pegangan agama di Perancis yang sangat anti-Islam.
Malah, ibu bapa dan ahli keluarganya juga dikatakan berhaluan kanan dan amat anti-Islam di mana ketika beliau mengambil keputusan untuk memeluk Islam ia turut ditentang keras mereka.
“Namun entah kenapa saya tidak terfikir langsung tentang agama lain tetapi hanya terfikir tentang Islam. Saya membaca buku, mendengar kuliah di medsos (sosial media) dan mengkaji tentang Islam. Kenapa mereka (ahli keluarga dan masyarakat Perancis) benci Islam?
“Akhirnya apa yang saya jumpai sangat jauh berbeza dengan apa yang mereka (pembenci Islam) beritahu kepada saya. Lalu saya mengucap dua kalimah syahadah sendiri,” katanya ketika ditanyakan apakah berlaku hinggakan beliau yang berasal dari Paris itu dan mempunyai ibu bapa berhaluan kanan serta sangat anti-Islam memilih memeluk Islam.
Kisah pengislaman Emma itu dikongsikan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di media sosial beliau hari ini selepas gadis terbabit hadir ke pejabat Multiracial Reverted Muslims (MRM) pada Rabu.
Firdaus Wong yang juga pengasas NGO MRM berkata, pihaknya membantu Emma untuk mendaftarkan pengislaman beliau dan gadis muda itu turut menyatakan hasrat ingin meneruskan pembelajaran agama Islam di negara ini.
“Allah memberikan hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki. Allah tahu siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Tanpa dakwah, membesar dalam suasana anti Islam tetapi Allah tetap kurniakan hidayah buat Emma.
“Sesungguhnya benar bahawa Islam hanya buat mereka yang ikhlas, berfikir, rasional dan berani,” kata Firdaus Wong yang turut memuat naik gambar beliau bersama Emma di MRM. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia