Antarabangsa
625,000 kanak-kanak di Gaza berdepan ‘trauma mendalam’ — UNRWA
Kira-kira 625,000 kanak-kanak Palestin yang mengalami “trauma mendalam” di Gaza hidup di tengah-tengah runtuhan, sementara ribuan lagi menderita akibat peningkatan serangan Israel di Tebing Barat yang diduduki, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
- Kira-kira 625,000 kanak-kanak Palestin yang mengalami “trauma mendalam” di Gaza hidup di tengah-tengah runtuhan, sementara ribuan lagi menderita akibat peningkatan serangan Israel di Tebing Barat yang diduduki, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
- “Walaupun hampir 625,000 kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mengalami trauma mendalam tidak dapat bersekolah dan hidup di tengah-tengah runtuhan di Gaza, ramai kanak-kanak di Tebing Barat juga menderita akibat meningkatnya keganasan yang mengganggu kehidupan dan pendidikan mereka”.
- Dalam satu hantaran dipetik MEMO di X pada Rabu, UNRWA mengesahkan “kanak-kanak Palestin di Gaza dan Tebing Barat berdepan kehilangan besar sepanjang tahun lalu”.
Kira-kira 625,000 kanak-kanak Palestin yang mengalami “trauma mendalam” di Gaza hidup di tengah-tengah runtuhan, sementara ribuan lagi menderita akibat peningkatan serangan Israel di Tebing Barat yang diduduki, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
“Walaupun hampir 625,000 kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mengalami trauma mendalam tidak dapat bersekolah dan hidup di tengah-tengah runtuhan di Gaza, ramai kanak-kanak di Tebing Barat juga menderita akibat meningkatnya keganasan yang mengganggu kehidupan dan pendidikan mereka”.
Dalam satu hantaran dipetik MEMO di X pada Rabu, UNRWA mengesahkan “kanak-kanak Palestin di Gaza dan Tebing Barat berdepan kehilangan besar sepanjang tahun lalu”.
Perkara itu dinyatakan selepas UNRWA memberi amaran dalam hantaran sebelumnya, “Sebelum perang di Gaza bermula, kebanyakan keluarga berusaha keras memberi makan anak-anak kecil mereka sedang mereka bersiap untuk tahun pertama persekolahan,” sambil berkata; “Hampir 12 bulan berdepan peperangan, kita melihat peningkatan membimbangkan dalam (aspek) kekurangan zat makanan, penyakit, dan kematian.”
Sekurang-kurangnya 41,534 rakyat Palestin dibunuh dan 96,092 lagi cedera dalam serangan rejim zionis Israel di wilayah konflik Gaza. — The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina