Terkini
4.5 juta pelancong Muslim lawat Malaysia, jana RM14.7 bilion tahun lepas
Malaysia merekodkan kemasukan 4.5 juta pelancong Muslim dengan menjana pendapatan RM14.7 bilion tahun lepas, menurut Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Nizran Noordin.
- Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Nizran Noordin ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV bertajuk Malaysia Destinasi Mesra Muslim Terbaik berkata, ini membuktikan pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim mempunyai potensi ekonomi yang besar di negara ini.
- Berdasarkan data, populasi penduduk dunia merekodkan dua bilion umat Islam dengan 1.1 bilion merupakan penduduk negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) iaitu gabungan 57 negara Islam seluruh dunia.
- 255 juta merupakan umat Islam di negara ASEAN, manakala 350 juta populasi Muslim di negara minoriti Muslim.
- “Pasarannya amat besar, Mastercard-CrescentRating (Indeks Perjalanan Muslim Global (GMTI)) memberi unjuran pada 2028, pasaran kembara akan diterajui sebanyak 230 juta orang yang beragama Islam, menjana perbelanjaan sebanyak US$225 bilion (RM987 bilion),” katanya.
KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan kemasukan 4.5 juta pelancong Muslim dengan menjana pendapatan RM14.7 bilion tahun lepas, menurut Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Nizran Noordin.
Beliau ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV bertajuk Malaysia Destinasi Mesra Muslim Terbaik berkata, ini membuktikan pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim mempunyai potensi ekonomi yang besar di negara ini.
Nizran berkata berdasarkan data, populasi penduduk dunia merekodkan dua bilion umat Islam dengan 1.1 bilion merupakan penduduk negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) iaitu gabungan 57 negara Islam seluruh dunia.
Selain itu, beliau berkata sejumlah 255 juta merupakan umat Islam di negara ASEAN manakala 350 juta populasi Muslim di negara minoriti Muslim.
“Pasarannya amat besar, Mastercard-CrescentRating (Indeks Perjalanan Muslim Global (GMTI)) memberi unjuran pada 2028, pasaran kembara akan diterajui sebanyak 230 juta orang yang beragama Islam, menjana perbelanjaan sebanyak US$225 bilion (RM987 bilion),” katanya.
Sebagai usaha menggalakkan sektor itu, Nizran berkata ITC menyediakan Jaminan dan Pengiktirafan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFAR) bagi tempat penginapan dan menyediakan kira-kira 220 Pemandu Pelancong Mesra Muslim (MFTG).
Sementara itu, beliau berkata ITC turut menganjurkan Bulan Pelancongan Islam (ITM) bermula 16 Ogos sehingga 30 Sept, dengan tawaran antaranya melibatkan kategori penginapan dan pakej pelancongan, pelancongan masjid, kecantikan dan spa, tarikan pelancongan serta acara dan pameran.
Nizran berkata pihak yang berminat bagi menyertai ITM, boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang www.itm.itc.gov.my. — BERNAMA
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord