Terkini
3R dan MoU, tutup mulut rakyat dan Ahli Parlimen – Tun Mahathir
Tiada keperluan memperkenalkan peraturan di luar undang-undang (extra judicial) bagi menstabilkan dan memajukan negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
- Tiada keperluan memperkenalkan peraturan di luar undang-undang (extra judicial) bagi menstabilkan dan memajukan negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
- Dr Mahathir berkata sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 68 tahun lalu, Perlembagaan dan undang-undang negara telah memadai untuk memastikan kestabilan dan kemajuan.
- “Hanya apabila PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ambil alih tampok Kerajaan baharulah extra judicial aturan-peraturan diperkenal.
- “Dengan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) mulut rakyat ditutup. Ia bertentangan dengan demokrasi dan Perlembagaan.
- “Tetapi wakil rakyat terus bebas dalam dewan. 3R tidak boleh tutup mulut mereka.
- “Oleh itu sekarang ditambah secara extra judicial aturan-peraturan (MoU) yang kononnya bertujuan menstabilkan negara. (sedangkan) Dengan itu wakil rakyat juga tidak dapat sentuh 3R dalam dewan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
- Dr Mahathir berkata 3R dan memorandum persefahaman (MoU) sebenarnya bertujuan menutup mulut rakyat dan wakil mereka, sekali gus memberi ruang kepada kerajaan untuk melakukan kezaliman secara sewenang-wenangnya.
KUALA LUMPUR — Tiada keperluan memperkenalkan peraturan di luar undang-undang (extra judicial) bagi menstabilkan dan memajukan negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 68 tahun lalu, Perlembagaan dan undang-undang negara telah memadai untuk memastikan kestabilan dan kemajuan.
Beliau berkata walaupun negara ini pernah menghadapi rusuhan kaum dan extremis agama, tetapi kesemuanya berupaya diselesaikan menerusi perlembagaan negara dan undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
“Hanya apabila PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ambil alih tampok Kerajaan baharulah extra judicial aturan-peraturan diperkenal.
“Dengan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) mulut rakyat ditutup. Ia bertentangan dengan demokrasi dan Perlembagaan.
“Tetapi wakil rakyat terus bebas dalam dewan. 3R tidak boleh tutup mulut mereka.
“Oleh itu sekarang ditambah secara extra judicial aturan-peraturan (MoU) yang kononnya bertujuan menstabilkan negara. (sedangkan) Dengan itu wakil rakyat juga tidak dapat sentuh 3R dalam dewan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata 3R dan memorandum persefahaman (merujuk MoU kerajaan dengan Ahli-ahli Parlimen pembangkang) sebenarnya bertujuan menutup mulut rakyat dan wakil mereka, sekali gus memberi ruang kepada kerajaan untuk melakukan kezaliman secara sewenang-wenangnya.
Beliau juga menganggap syarat untuk mendapat peruntukan wang bagi kawasan (pembangkang) dengan menandatangani MoU adalah rasuah.
Katanya, duit kerajaan adalah milik rakyat, bukan milik parti pemerintah dan seharusnya ia diperuntukkan secara sama antara wakil parti kerajaan dengan pembangkang.
“Jikalau ucapan berbau hasutan, perkauman atau kebencian, yang patut tafsir dan bertindak ialah rakyat, bukan Kerajaan. Rakyat boleh tolak orang yang membenci atau racist dalam pilihanraya. Itu hak rakyat.
“3R dan MOU sebenarnya bertujuan untuk tutup mulut rakyat dan wakil mereka. Kerajaan boleh melakukan kezaliman dengan sewenang-wenangnya. Curi duit Kerajaan pun boleh. Tipu dalam PRU (Pilihan Raya Umum) pun okay.
“Inilah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan jika MOU ditandatangani oleh wakil rakyat Pembangkang.
“Tolak MOU dan tolak 3R. Pertahan Perlembagaan dan Rule of Law…Kembali dan hormati Perlembagaan Malaysia,” kata bekas Perdana Menteri itu yang dua kali memegang tampuk pemerintahan negara.
Perikatan Nasional (PN) pada 20 September lalu dilaporkan tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan mereka tetap dengan keputusan menolak MoU peruntukan berkenaan yang disifatkan bertentangan perlembagaan dan sifat murni rakyat Malaysia.
Terdahulu, PN dilaporkan sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN atas empat sebab utama.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata cadangan MoU itu bertentangan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral serta agama selain boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.
Beliau mendakwa draf itu mengandungi perkara yang dilihat mengongkong kebebasan bersuara Ahli Parlimen sedangkan mereka mempunyai hak dan imuniti untuk bersuara bagi pihak rakyat mengikut Akta 347 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
Susulan itu, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata tindakan pembangkang menolak MoU terbabit tidak bererti rundingan berhubung perkara itu telah tamat.
Sebaliknya, kerajaan sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan kerjasama atau rundingan dengan pembangkang. —- The Merdeka Times
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord