Connect with us

Antarabangsa

35 kanak-kanak terbunuh dalam sehari di Lubnan – UNICEF

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran sebarang peningkatan konflik antara Israel dan Hizbullah akan menjadi “bencana” bagi semua kanak-kanak di Lubnan dan “lebih teruk” daripada “zaman gelap pada 2006”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Wakil UNICEF ke Lubnan, Ettie Higgins.
  • Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran sebarang peningkatan konflik antara Israel dan Hizbullah akan menjadi “bencana” bagi semua kanak-kanak di Lubnan dan “lebih teruk” daripada “zaman gelap pada 2006”.
  • “Pada Isnin sahaja, sekurang-kurangnya 35 kanak-kanak dilaporkan terbunuh di Lubnan. Ini lebih banyak daripada jumlah kanak-kanak yang terbunuh di Lubnan dalam tempoh 11 bulan lalu (sebelumnya 22),” kata Timbalan Wakil UNICEF ke Lubnan, Ettie Higgins dalam taklimat akhbar di Geneva pada Selasa.
  • Higgins berkata menurut Kementerian Kesihatan Awam Lubnan, lebih 1,645 orang cedera pada Isnin, termasuk kanak-kanak dan wanita.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran sebarang peningkatan konflik antara Israel dan Hizbullah akan menjadi “bencana” bagi semua kanak-kanak di Lubnan dan “lebih teruk” daripada “zaman gelap pada 2006”.

“Pada Isnin sahaja, sekurang-kurangnya 35 kanak-kanak dilaporkan terbunuh di Lubnan. Ini lebih banyak daripada jumlah kanak-kanak yang terbunuh di Lubnan dalam tempoh 11 bulan lalu (sebelumnya 22),” kata Timbalan Wakil UNICEF ke Lubnan, Ettie Higgins dalam taklimat akhbar di Geneva pada Selasa dipetik Palestine Chronicle.

“Sebelas bulan dalam satu hari. 35 kanak-kanak, dalam satu hari – daripada 492 yang dilaporkan terbunuh”.

Higgins berkata menurut Kementerian Kesihatan Awam Lubnan, lebih 1,645 orang cedera pada Isnin, termasuk kanak-kanak dan wanita.

“Sangat ramai kanak-kanak berada dalam bahaya ketika saya sedang berucap ini, terdedah kepada serangan berterusan, kehilangan tempat tinggal dan tidak dapat bergantung kepada sistem kesihatan yang sudah terbeban serta kekurangan sumber.

“Jika kita kembali kepada konflik, seperti zaman gelap tahun 2006, saya bimbang kali ini ia sesuatu yang lebih teruk buat kanak-kanak di Lubnan,” kata Higgins. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending