Antarabangsa
UK ‘double standard’ tangani keganasan
Badan pemikir pertahanan dan keselamatan Britain berkata negara itu kurang serius dalam menangani serangan kumpulan sayap kanan berbanding keganasan ‘Islamis’ susulan perbezaan pendekatan kerajaan dalam menangani keganasan, lapor Middle East Eye.
- Badan pemikir pertahanan dan keselamatan Britain berkata negara itu kurang serius dalam menangani serangan kumpulan sayap kanan berbanding keganasan ‘Islamis’ susulan perbezaan pendekatan kerajaan dalam menangani keganasan, lapor Middle East Eye.
- Institut Perkhidmatan Bersatu Diraja (RUSI) dalam artikel di akhbar Guardian pada Ahad berkata rusuhan golongan sayap kanan di seluruh Britain baru-baru ini “telah mendedahkan dwistandard membimbangkan dalam cara masyarakat melihat dan bertindak balas terhadap keganasan kumpulan haluan kanan berbanding ekstremisme Islamis”.
- Institut itu menyatakan keganasan kumpulan haluan kanan sering dikategorikan sebagai “kasar” atau hooliganisme, manakala “tindakan serupa bermotifkan ekstremisme Islamis” mungkin akan dianggap sebagai “keganasan”.
Badan pemikir pertahanan dan keselamatan Britain berkata negara itu kurang serius dalam menangani serangan kumpulan sayap kanan berbanding keganasan ‘Islamis’ susulan perbezaan pendekatan kerajaan dalam menangani keganasan, lapor Middle East Eye.
Institut Perkhidmatan Bersatu Diraja (RUSI) dalam artikel di akhbar Guardian pada Ahad berkata rusuhan golongan sayap kanan di seluruh Britain baru-baru ini “telah mendedahkan dwistandard membimbangkan dalam cara masyarakat melihat dan bertindak balas terhadap keganasan kumpulan haluan kanan berbanding ekstremisme Islamis”.
Institut itu menyatakan keganasan kumpulan haluan kanan sering dikategorikan sebagai “kasar” atau hooliganisme, manakala “tindakan serupa bermotifkan ekstremisme Islamis” mungkin akan dianggap sebagai “keganasan”.
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer mengkategorikan kekacauan ganas baru-baru ini sebagai “kekasaran haluan kanan”.
RUSI berkata reaksi pemimpin British itu telah “meremehkan elemen-elemen teratur, berangkai dan komponen ideologi rusuhan tersebut”.
Badan pemikir itu menyifatkan reaksi Starmer “tidak konsisten” dan akan menghalang kemahuan politik menangani keganasan kumpulan sayap kanan.
“Ia memberi kesan kepada mereka yang dilihat bertanggungjawab untuk mengetuai tindakan balas.
“(Ia) seringkali diserahkan kepada pihak polis berbanding aktor-aktor lain yang terlibat dalam menangani keganasan dan mencegah serta melawan ekstremisme ganas,” kata penyelidik. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel