Connect with us

Antarabangsa

Scotland ‘tak layan’ Israel

Kerajaan Scotland tidak akan menerima sebarang jemputan mesyuarat dengan Israel sehingga adanya kemajuan sebenar dalam isu perang di Gaza, kata Setiausaha Hal Ehwal Luarnya, Angus Robertson.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Setiausaha Hal Ehwal Luar kerajaan Scotland, Angus Robertson.
  • Kerajaan Scotland tidak akan menerima sebarang jemputan mesyuarat dengan Israel sehingga adanya kemajuan sebenar dalam isu perang di Gaza, kata Setiausaha Hal Ehwal Luarnya, Angus Robertson.
  • “Ini kekal sebagai pendirian kita sehingga kemajuan sebenar ke arah perdamaian dicapai, akses tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan disediakan dan Israel bekerjasama sepenuhnya dengan kewajipan antarabangsanya dalam penyiasatan genosid (pembunuhan beramai-ramai) dan jenayah perang,” kata Robertson dalam hantaran Instagram Al Jazeera English hari ini.
  • Kenyataan Robertson itu dikeluarkan selepas pertemuannya dengan Timbalan Duta Besar Israel ke United Kingdom (UK), Daniela Grudsky, kira-kira dua minggu lalu, sekali gus mencetuskan kritikan dalam Parti Nasional Scotland (SNP).
  • Robertson menekankan kerajaan Scotland konsisten dalam “kecaman tanpa syarat terhadap kekejaman” di Gaza.

Kerajaan Scotland tidak akan menerima sebarang jemputan mesyuarat dengan Israel sehingga adanya kemajuan sebenar dalam isu perang di Gaza, kata Setiausaha Hal Ehwal Luarnya, Angus Robertson.

“Ini kekal sebagai pendirian kita sehingga kemajuan sebenar ke arah perdamaian dicapai, akses tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan disediakan dan Israel bekerjasama sepenuhnya dengan kewajipan antarabangsanya dalam penyiasatan genosid (pembunuhan beramai-ramai) dan jenayah perang,” kata Robertson dalam hantaran Instagram Al Jazeera English hari ini.

Kenyataan Robertson itu dikeluarkan selepas pertemuannya dengan Timbalan Duta Besar Israel ke United Kingdom (UK), Daniela Grudsky, kira-kira dua minggu lalu, sekali gus mencetuskan kritikan dalam Parti Nasional Scotland (SNP).

Robertson menegaskan bahawa pertemuan (dengan Grudsky)  di atas permintaan duta Israel itu, merupakan “peluang menyatakan pendirian jelas dan teguh kerajaan Scotland” mengenai keperluan untuk gencatan senjata segera di Gaza.

“Dan itulah yang saya lakukan. Tiada sesiapa yang berniat agar mesyuarat ini dipersepsikan sebagai membenarkan tindakan kerajaan Israel di Gaza,” katanya.

Robertson menekankan kerajaan Scotland konsisten dalam “kecaman tanpa syarat terhadap kekejaman” di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending