Terkini
‘Podcast’ perlu jadi platform ilmiah, bukan bual kosong – Zulkifli
Orang ramai dinasihatkan untuk memanfaatkan audio siar (podcast) sebagai platform untuk perkongsian bermakna dan ilmiah, bukan sekadar berbual kosong.
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan bahawa ruang itu sepatutnya digunakan oleh golongan intelektual untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai isu-isu yang dapat menyumbang kepada kemajuan negara.
- “Marilah kita bersama-sama membicarakan tajuk-tajuk yang produktif yang konstruktif yang boleh membawa negara kepada kemajuan, kepada perpaduan, kepada kesatuan hati rakyat Malaysia kerana pada hari ini cabarannya begitu besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
- Zulkifli berkata demikian selepas merasmikan program Nadwah Mahasiswa Timur Tengah yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Putrajaya hari ini.
KUALA LUMPUR — Orang ramai dinasihatkan untuk memanfaatkan audio siar (podcast) sebagai platform untuk perkongsian bermakna dan ilmiah, bukan sekadar berbual kosong.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan bahawa ruang itu sepatutnya digunakan oleh golongan intelektual untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai isu-isu yang dapat menyumbang kepada kemajuan negara.
“Kita raikan kebebasan untuk berkarya, memberikan pandangan, namun apa yang paling penting apakah objektif dan impak kepada perbincangan ataupun idea itu?
“Marilah kita bersama-sama membicarakan tajuk-tajuk yang produktif yang konstruktif yang boleh membawa negara kepada kemajuan, kepada perpaduan, kepada kesatuan hati rakyat Malaysia kerana pada hari ini cabarannya begitu besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, Zulkifli berkata demikian selepas merasmikan program Nadwah Mahasiswa Timur Tengah yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Putrajaya hari ini.
Program berkenaan melibatkan mahasiswa dari Mesir, Jordan, Arab Saudi, Maghribi dan beberapa negara dari Timur Tengah bertujuan mengeratkan jaringan kerjasama di antara kerajaan dan kumpulan itu dari aspek kebajikan serta akademik.
Beliau berkata ukhuwah dalam kalangan generasi baharu pelajar Timur Tengah juga perlu diperkuatkan kerana mereka boleh memberikan tauladan dan menjadi pemangkin perubahan serta perpaduan.
Menurut Zulkifli, sudah sampai masanya generasi muda pelajar Timur Tengah bangkit dengan naratif baharu perpaduan dan berjiwa besar untuk menangani perbezaan serta kepelbagaian. — BERNAMA
Terkini
Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum
Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
- Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
- Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
- Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
- Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
- Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.
Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.
Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.
Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel