Antarabangsa
Pengasas organisasi LGBT+ didakwa kes rogol, 37 kesalahan seksual kanak-kanak
Penaung badan amal LGBT+ yang menggalakkan kanak-kanak kecil mempersoalkan jantina mereka didakwa atas kesalahan penderaan seks kanak-kanak, termasuk rogol.
- Penaung badan amal LGBT+ yang menggalakkan kanak-kanak kecil mempersoalkan jantina mereka didakwa atas kesalahan penderaan seks kanak-kanak, termasuk rogol.
- Stephen Ireland, 40, dituduh merogol kanak-kanak, melakukan beberapa serangan seksual, voyeurisme (mengintai orang telanjang), membuat gambar tidak senonoh anak muda dan merancang penculikan kanak-kanak, lapor Daily Mail.
- Ireland yang disenaraikan sebagai pengarah Pride in Surrey (organisasi LGBT+) sehingga Jun lalu itu hadir di mahkamah pada Khamis atas tuduhan melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun dari Ogos 2022 hingga bulan lalu.
- Di mahkamah, dia ditemani David Sutton, 26, seorang bekas sukarelawan Pride in Surrey yang juga dituduh melakukan voyeurisme, memiliki pornografi melampau, konspirasi menyerang kanak-kanak secara seksual dan merancang menculik seorang anak muda.
- Pasangan dari Addlestone di Surrey itu ditangkap pada Rabu dan sejak itu ditahan reman sehingga kehadiran semula di mahkamah pada 12 September.
Penaung badan amal LGBT+ yang menggalakkan kanak-kanak kecil mempersoalkan jantina mereka didakwa atas kesalahan penderaan seks kanak-kanak, termasuk rogol.
Stephen Ireland, 40, dituduh merogol kanak-kanak, melakukan beberapa serangan seksual, voyeurisme (mengintai orang telanjang), membuat gambar tidak senonoh anak muda dan merancang penculikan kanak-kanak, lapor Daily Mail.
Ireland yang disenaraikan sebagai pengarah Pride in Surrey (organisasi LGBT+) sehingga Jun lalu itu hadir di mahkamah pada Khamis atas tuduhan melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun dari Ogos 2022 hingga bulan lalu.
Di mahkamah, dia ditemani David Sutton, 26, seorang bekas sukarelawan Pride in Surrey yang juga dituduh melakukan voyeurisme, memiliki pornografi melampau, konspirasi menyerang kanak-kanak secara seksual dan merancang menculik seorang anak muda.
Pasangan dari Addlestone di Surrey itu ditangkap pada Rabu dan sejak itu ditahan reman sehingga kehadiran semula di mahkamah pada 12 September depan.
Ireland mendakwa dirinya penaung Educate and Celebrate di media sosialnya, badan amal LGBT+ kontroversi yang menggalakkan anak kecil mempersoalkan jantina mereka.
Ireland disenaraikan sebagai pengasas dan pengarah Pride in Surrey, sebuah badan amal yang menganjurkan perarakan Pride tahunan dan acara LGBT+. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Lubnan haramkan alat kelui dari pesawat
Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
- Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
- Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
- “Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
- Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
- Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
- The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan.
Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
“Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
Media antarabangsa melaporkan Hizbullah memilih menggunakan alat kelui sebagai kaedah komunikasi berteknologi rendah yang dikatakan ‘selamat’ kerana bimbang Israel menggodam telefon pintar mereka dan menggunakannya untuk pengawasan.
Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel