Terkini
Netizen kecam Tokong Cina lakukan upacara khurafat & tidak senonoh
Upacara sebuah tokong Cina di Kampung Jawa, Klang, mengundang kritikan netizen kerana ahli upacaranya disyaki melakukan perbuatan khurafat dan tidak senonoh.
- Upacara sebuah tokong Cina di Kampung Jawa, Klang, mengundang kritikan netizen kerana ahli upacaranya disyaki melakukan perbuatan khurafat dan tidak senonoh.
- Laman Facebook Malaysia Info Channel berkongsi tangkap layar dari Facebook tokong Cina Kampung Jawa itu yang menunjukkan upacara berubat dijalankan seorang ahli upacara.
- “Malam 1 haribulan 11 kalendar Cina, ramai penganut membawa anak untuk berubat dengan Tua Pek Kong (nama Tuhan dalam kepercayaan Taoisme),” demikian kata hantaran di Facebook tokong Cina Kampung Jawa itu.
- Gambar-gambar dikongsikan menunjukkan seorang ahli upacara berpakaian warna biru menggunakan pedang untuk memotong lidah, lalu memasukkan darah lidah ke dalam mulut kanak-kanak yang datang berubat.
- Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen hantaran Facebook itu mendapati rata-rata netizen menyifatkan perbuatan itu sebagai khurafat dan jahil.
- “Pentingnya ilmu untuk masyarakat berfikir secara rasional. Nampak tak dahsyatnya kejahilan?” tulis netizen, Felcia Chua.
KUALA LUMPUR – Upacara sebuah tokong Cina di Kampung Jawa, Klang, mengundang kritikan netizen kerana ahli upacaranya disyaki melakukan perbuatan khurafat dan tidak senonoh.
Laman Facebook Malaysia Info Channel berkongsi tangkap layar dari Facebook tokong Cina Kampung Jawa itu yang menunjukkan upacara berubat dijalankan seorang ahli upacara.
“Malam 1 haribulan 11 kalendar Cina, ramai penganut membawa anak untuk berubat dengan Tua Pek Kong (nama Tuhan dalam kepercayaan Taoisme),” demikian kata hantaran di Facebook tokong Cina Kampung Jawa itu.
Gambar-gambar dikongsikan menunjukkan seorang ahli upacara berpakaian warna biru menggunakan pedang untuk memotong lidah, lalu memasukkan darah lidah ke dalam mulut kanak-kanak yang datang berubat.
Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen hantaran Facebook itu mendapati rata-rata netizen menyifatkan perbuatan itu sebagai khurafat dan jahil.
“Pentingnya ilmu untuk masyarakat berfikir secara rasional. Nampak tak dahsyatnya kejahilan?” tulis netizen, Felcia Chua.
“Kesian budak. Dahsyatnya khurafat,” kata Gary Wong.
Netizen, Si Si pula berkata tindakan itu akan meninggalkan kesan kepada kanak-kanak terbabit.
“Kanak-kanak balik nanti mimpi ngeri,” tulis Si Si.
Nelsone Tam pula menyeru pihak polis untuk mengambil tindakan ke atas individu terbabit.
“Polis Diraja Malaysia yang dihormati, sila ambil tindakan dengan secepat mungkin. Fenomena ini telah merosakkan dan menjejaskan suasana sosial, terima kasih,” kata Nesone Tam.
Laman Facebook tokong itu telah dipadam setelah hantarannya dikongsi dan dikritik oleh netizen. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel