Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu sekali lagi halang gencatan senjata di Gaza – Hamas

Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas pada Ahad berkata penetapan syarat baharu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam cadangan gencatan senjata Gaza dan pertukaran tebusan yang telah dirundingkan di Doha pada Khamis dan Jumaat, menghalang penyelesaian perjanjian itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas pada Ahad berkata penetapan syarat baharu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam cadangan gencatan senjata Gaza dan pertukaran tebusan yang telah dirundingkan di Doha pada Khamis dan Jumaat, menghalang penyelesaian perjanjian itu.
  • “Cadangan baharu ini memenuhi syarat-syarat Netanyahu dan selaras dengannya, terutama penolakannya terhadap gencatan senjata kekal, penarikan sepenuhnya (tentera) dari Gaza, serta keinginannya untuk terus menduduki Persimpangan Netzarim (pemisah utara dan selatan wilayah Gaza), lintasan Rafah dan Koridor Philadelphi (di selatan).
  • “Beliau juga menetapkan syarat baharu dalam urusan pertukaran tebusan dan menarik diri dari syarat-syarat lain, yang menghalang penyelesaian perjanjian itu,” kata Hamas dalam kenyataan dipetik agensi berita Anadolu.
  • Berikutan pusingan rundingan terkini di Doha, Hamas mengesahkan “sekali lagi bahawa Netanyahu masih meletakkan halangan dalam mencapai persetujuan, menetapkan syarat dan tuntutan baharu untuk menggagalkan usaha perantara dan memanjangkan perang”.
  • Kumpulan itu menekankan komitmennya terhadap apa yang dipersetujui pada 2 Julai lalu, berdasarkan cadangan yang disokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas pada Ahad berkata penetapan syarat baharu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam cadangan gencatan senjata Gaza dan pertukaran tebusan yang telah dirundingkan di Doha pada Khamis dan Jumaat, menghalang penyelesaian perjanjian itu.

“Cadangan baharu ini memenuhi syarat-syarat Netanyahu dan selaras dengannya, terutama penolakannya terhadap gencatan senjata kekal, penarikan sepenuhnya (tentera) dari Gaza serta keinginannya untuk terus menduduki Persimpangan Netzarim (pemisah utara dan selatan wilayah Gaza), lintasan Rafah dan Koridor Philadelphi (di selatan).

“Beliau juga menetapkan syarat baharu dalam urusan pertukaran tebusan dan menarik diri dari syarat-syarat lain, yang menghalang penyelesaian perjanjian itu,” kata Hamas dalam kenyataan dipetik agensi berita Anadolu.

Berikutan pusingan rundingan terkini di Doha, Hamas mengesahkan “sekali lagi bahawa Netanyahu masih meletakkan halangan dalam mencapai persetujuan, menetapkan syarat dan tuntutan baharu untuk menggagalkan usaha perantara dan memanjangkan perang”.

Kumpulan itu menekankan komitmennya terhadap apa yang dipersetujui pada 2 Julai lalu, berdasarkan cadangan yang disokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Ia juga menyeru perantara “untuk memenuhi tanggungjawab mereka dan memaksa pendudukan (Israel) untuk melaksanakan apa yang telah dipersetujui”.

Rundingan gencatan senjata di Doha berakhir pada Jumaat selepas pembentangan “cadangan yang merapatkan jurang” antara Israel dan Hamas yang konsisten dengan prinsip ditetapkan Biden pada 31 Mei lalu.

Biden pada Mei berkata Israel telah membentangkan perjanjian tiga fasa yang akan menamatkan permusuhan di Gaza dan memastikan pembebasan tebusan yang ditahan di kawasan persisiran itu.

Rancangan itu termasuk gencatan senjata, pertukaran tebusan-banduan dan pembinaan semula Gaza.

Israel membunuh lebih 40,000 rakyat Palestin sejak serangan rentas sempadan pada 7 Oktober lalu.

Selama berbulan-bulan, AS, Qatar dan Mesir berusaha mencapai persetujuan antara Israel dan Hamas untuk memastikan pertukaran tebusan-banduan dan gencatan senjata, tetapi tidak berjaya.

Terdahulu, gencatan senjata selama seminggu dan pertukaran tebusan dengan banduan Palestin berakhir pada 1 Disember lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending