Connect with us

Antarabangsa

Liga Muslim Sedunia kecam hasrat bina sinagog di Masjid Al-Aqsa

Liga Muslim Sedunia (MWL) dengan tegas mengecam kenyataan seorang menteri rejim zionis Israel yang mencadangkan pembinaan sinagog di kawasan Masjid Al-Aqsa.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Setiausaha Agung MWL, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa.
  • Liga Muslim Sedunia (MWL) dengan tegas mengecam kenyataan seorang menteri rejim zionis Israel yang mencadangkan pembinaan sinagog di kawasan Masjid Al-Aqsa.
  • Setiausaha Agung MWL, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, mengutuk dan memberi amaran terhadap ungkapan tidak sopan dan tindakan provokasi Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.
  • Beliau turut menyeru agar tindakan sistematik dilakukan supaya jenayah kerajaan pendudukan Israel terhadap orang awam yang tidak bersalah dapat dihentikan dengan segera.
  • Kenyataan itu dikeluarkan ekoran Ben-Gvir pada Isnin dilaporkan berkata orang Yahudi mempunyai hak beribadat di Masjid Al-Aqsa, di Baitulmaqdis Timur yang diduduki sambil menyatakan hasratnya membina sinagog di tapak masjid itu. 

KUALA LUMPUR –  Liga Muslim Sedunia (MWL) dengan tegas mengecam kenyataan seorang menteri rejim zionis Israel yang mencadangkan pembinaan sinagog di kawasan Masjid Al-Aqsa.

Setiausaha Agung MWL, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, mengutuk dan memberi amaran terhadap ungkapan tidak sopan dan tindakan provokasi Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.

“Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Agung MWL, Setiausaha Agung MWL dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Yang Berbahagia Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, mengutuk kenyataan tidak beradab itu di tengah-tengah tindakan agresif berterusan kerajaan penjajah Israel terhadap kesucian Islam.

“Yang Berbahagia Sheikh Dr. Mohammed Al-Issa memberi amaran mengenai bahaya akibat pelanggaran berterusan kerajaan penjajah terhadap semua undang-undang dan norma antarabangsa serta kemanusiaan, sikap tidak peduli mereka terhadap status sejarah dan undang-undang Masjid Al-Aqsa, serta provokasi terhadap sentimen umat Islam di seluruh dunia,” kata kenyataan dikeluarkan di platform X itu.

Beliau dalam kenyataan itu turut menyeru agar tindakan sistematik dilakukan supaya jenayah kerajaan pendudukan Israel terhadap orang awam yang tidak bersalah dapat dihentikan dengan segera.

“Dr. Al-Issa menekankan betapa pentingnya komuniti antarabangsa bertindak segera untuk menghentikan pelanggaran kemanusiaan dan undang-undang ini, serta mengakhiri jenayah sistematik yang terus dilakukan kerajaan penjajah terhadap orang awam yang tidak bersalah,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran Ben-Gvir pada Isnin dilaporkan berkata orang Yahudi mempunyai hak beribadat di Masjid Al-Aqsa, di Baitulmaqdis Timur yang diduduki sambil menyatakan hasratnya membina sinagog di tapak masjid itu. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending