Terkini
Kenyataan Mufti Terengganu langgar Perlembagaan Persekutuan – Naib Presiden MCA
Kenyataan Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron yang mengatakan Muslim boleh memasuki rumah ibadat bukan Islam untuk berdakwah adalah tidak wajar dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, kata Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng.
- Kenyataan Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron yang mengatakan Muslim boleh memasuki rumah ibadat bukan Islam untuk berdakwah adalah tidak wajar dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, kata Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng.
- Teik Cheng berkata kenyataan mufti itu juga menjejaskan keharmonian agama dan menyinggung perasaan masyarakat bukan Islam.
- “Seperti dinyatakan oleh Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST), jika Mufti Terengganu mendakwa Muslim boleh memasuki rumah ibadat agama lain untuk berdakwah, ini boleh menjejaskan kesucian rumah ibadat bukan Islam dan berkemungkinan besar mencetuskan kebencian dan permusuhan antara agama, malah mencetuskan konflik dan konfrontasi lebih besar. Ini adalah apa yang kita tidak mahu berlaku,” kata Teik Cheng dalam kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan di laman sesawang MCA pada Isnin.
- Menjawab persoalan media adakah umat Islam boleh memasuki rumah ibadat bukan Islam, Mohamad Sabri sebelum ini dilaporkan berkata bahawa orang Islam dibenarkan masuk ke rumah ibadat agama lain untuk menyebarkan dakwah dan syariat Islam.
- “Tidak boleh kita pergi (rumah ibadat agama lain) tanpa tujuan. Datang memperkenalkan Islam dan untuk berdakwah, dibolehkan. Bukan tujuan menyatakan Islam sama dengan agama lain,” katanya dipetik Sinar Ahad.
- Isu memasuki kuil atau rumah ibadat bukan Islam itu timbul berikutan video tular memaparkan program Lawatan Harmoni Terbimbing untuk guru-guru agama dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ke Kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Kasipillay, Ipoh, Perak yang mencetuskan kebimbangan apabila seorang wanita daripada JAIPk menyifatkan terdapat banyak persamaan antara agama Hindu dan Islam.
Kenyataan Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron yang mengatakan Muslim boleh memasuki rumah ibadat bukan Islam untuk berdakwah adalah tidak wajar dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, kata Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng.
Teik Cheng berkata kenyataan mufti itu juga menjejaskan keharmonian agama dan menyinggung perasaan masyarakat bukan Islam.
Beliau berkata pemimpin agama seharusnya sentiasa peka terhadap pelbagai isu melibatkan akidah dan bertanggungjawab menjaga keharmonian agama serta mengelakkan perkataan dan perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat majmuk.
Menyatakan beliau bersetuju dengan pendirian Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST), Teik Cheng menyeru mufti itu menghentikan kenyataan sedemikian dan menghormati hak beragama semua rakyat.
“Seperti dinyatakan oleh Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST), jika Mufti Terengganu mendakwa Muslim boleh memasuki rumah ibadat agama lain untuk berdakwah, ini boleh menjejaskan kesucian rumah ibadat bukan Islam dan berkemungkinan besar mencetuskan kebencian dan permusuhan antara agama, malah mencetuskan konflik dan konfrontasi lebih besar. Ini adalah apa yang kita tidak mahu berlaku,” kata Teik Cheng dalam kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan di laman sesawang MCA pada Isnin.
Naib Presiden MCA itu berkata Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama, maka asas kestabilan negara adalah memastikan keharmonian hidup antara kaum.
Katanya, semua pihak harus berpegang kepada prinsip saling menghormati dan sentiasa mengelak daripada mencetuskan isu-isu sensitif, apatah lagi menyentuh atau mencabar kepentingan masing-masing.
“Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin hak semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama secara bebas, dan hak ini adalah suci dan tidak boleh dicabuli.
“Orang Islam dan bukan Islam mesti menghormati semangat dan peruntukan Perlembagaan tanpa mengira fahaman agama, bersama-sama menjaga keharmonian dan kestabilan sosial,” kata Teik Cheng.
MCCBCHST dalam kenyataannya sebelum ini tidak bersetuju dengan pendapat Mufti Terengganu itu yang menyatakan orang Islam dibenarkan memasuki rumah ibadat agama lain dengan tujuan menyebarkan dakwah dan syariat Islam.
Menjawab persoalan media adakah umat Islam boleh memasuki rumah ibadat bukan Islam, Mohamad Sabri sebelum ini dilaporkan berkata bahawa orang Islam dibenarkan masuk ke rumah ibadat agama lain untuk menyebarkan dakwah dan syariat Islam.
“Tidak boleh kita pergi (rumah ibadat agama lain) tanpa tujuan. Datang memperkenalkan Islam dan untuk berdakwah, dibolehkan. Bukan tujuan menyatakan Islam sama dengan agama lain,” katanya dipetik Sinar Ahad.
Isu memasuki kuil atau rumah ibadat bukan Islam itu timbul berikutan video tular memaparkan program Lawatan Harmoni Terbimbing untuk guru-guru agama dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ke Kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Kasipillay, Ipoh, Perak yang mencetuskan kebimbangan apabila seorang wanita daripada JAIPk menyifatkan terdapat banyak persamaan antara agama Hindu dan Islam. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel