Antarabangsa
Hantar gambar alat sulit, Pedofilia penulis buku LGBT ditahan pegawai jenayah siber di Scotland
Seorang pedofilia yang mengaku berkongsi ribuan imej ‘tidak menyenangkan’ kanak-kanak, termasuk bayi baru lahir, merupakan penulis bersama buku panduan LGBT “Coming Out Guide” yang diperkenalkan di sekolah-sekolah di Scotland.
- Seorang pedofilia yang mengaku berkongsi ribuan imej ‘tidak menyenangkan’ kanak-kanak, termasuk bayi baru lahir, merupakan penulis bersama buku panduan LGBT “Coming Out Guide” yang diperkenalkan di sekolah-sekolah di Scotland.
- Andrew Easton, 39, dilaporkan dijerat pegawai jenayah siber ekoran perbualan dalam taliannya dengan seseorang yang dipercayainya kanak-kanak rentan berusia 13 tahun yang dipanggil “baby boy”.
- Sunday Post melaporkan Easton yang disabitkan kesalahan di Mahkamah Sheriff Aberdeen minggu lalu juga merupakan penulis bersama panduan kebajikan LGBT Youth Scotland yang menerima jutaan pound dari Kerajaan Scotland dan pihak berkuasa tempatan.
- LGBT Youth Scotland dalam satu kenyataan dilaporkan cuba menjauhkan diri daripada Easton yang menuntut dirinya dipanggil “daddy” dan menggunakan mesej keselamatan (secure messaging) untuk menghantar mesej kepada mangsa kanak-kanaknya dan gambar alat sulitnya.
- “Kami sangat terganggu apabila mengetahui tindakan jenayah Encik Easton. Kami mengecam sesiapa sahaja yang mengeksploitasi atau merosakkan golongan muda,” kata Ketua Eksekutif LGBT Youth Scotland, Dr Mhairi Crawford, mengakui bahawa Easton turut menyumbang kepada penulisan buku “coming out guide” diterbitkan pada 2010.
Seorang pedofilia yang mengaku berkongsi ribuan imej ‘tidak menyenangkan’ kanak-kanak, termasuk bayi baru lahir, merupakan penulis bersama buku panduan LGBT “Coming Out Guide” yang diperkenalkan di sekolah-sekolah di Scotland.
Andrew Easton, 39, dilaporkan dijerat pegawai jenayah siber ekoran perbualan dalam taliannya dengan seseorang yang dipercayainya kanak-kanak rentan berusia 13 tahun yang dipanggil “baby boy”.
Sunday Post melaporkan Easton yang disabitkan kesalahan di Mahkamah Sheriff Aberdeen minggu lalu juga merupakan penulis bersama panduan kebajikan LGBT Youth Scotland yang menerima jutaan pound dari Kerajaan Scotland dan pihak berkuasa tempatan.
Buku panduan itu diedarkan kepada pelajar seawal usia 13 tahun di sekolah-sekolah di Scotland.
LGBT Youth Scotland dalam satu kenyataan dilaporkan cuba menjauhkan diri daripada Easton yang menuntut dirinya dipanggil “daddy” dan menggunakan mesej keselamatan (secure messaging) untuk menghantar mesej kepada mangsa kanak-kanaknya dan gambar alat sulitnya.
“Kami sangat terganggu apabila mengetahui tindakan jenayah Encik Easton. Kami mengecam sesiapa sahaja yang mengeksploitasi atau merosakkan golongan muda.
“Dia merupakan ahli salah satu kumpulan belia kami sehingga 2009 dan pada tempoh itu, dia bersama ahli kumpulan lain turut menyumbang kepada penulisan “coming out guide” yang diterbitkan pada 2010,” kata Ketua Eksekutif LGBT Youth Scotland, Dr Mhairi Crawford.
Dalam satu perbualan ‘chat’, Easton telah diingatkan bahawa “mangsa” hanya berusia 13 tahun, tetapi dia terus menerus lakukan penukaran gambar sambil mendesak “hantar lagi, baby boy!”
Pegawai jenayah siber menemui 32 fail video, majoritinya jatuh dalam kategori A iaitu yang paling serius memaparkan kanak-kanak berusia antara empat hingga lapan tahun, diedarkan Easton kepada pedofilia lain. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Lubnan haramkan alat kelui dari pesawat
Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
- Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
- Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
- “Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
- Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
- Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
- The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan.
Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
“Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
Media antarabangsa melaporkan Hizbullah memilih menggunakan alat kelui sebagai kaedah komunikasi berteknologi rendah yang dikatakan ‘selamat’ kerana bimbang Israel menggodam telefon pintar mereka dan menggunakannya untuk pengawasan.
Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel