Antarabangsa
Akses Instagram dikembalikan jika patuh peraturan – Menteri Turkiye
Pegawai kanan Turkiye pada Selasa memberi isyarat positif untuk mengembalikan akses Instagram di Turkiye sekiranya platform media sosial itu mematuhi peraturan ditetapkan negara tersebut.
- Pegawai kanan Turkiye pada Selasa memberi isyarat positif untuk mengembalikan akses Instagram di Turkiye sekiranya platform media sosial itu mematuhi peraturan ditetapkan negara tersebut.
- Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur, Abdulkadir Uraloglu berkata pegawai Turkiye dan wakil Instagram bertemu dua kali pada minggu lalu dan Isnin untuk membincangkan hal berkenaan, lapor agensi berita Anadolu.
- Pada Jumaat, Turkiye mula bertindak menyekat akses platform media sosial itu.
- Turkiye sebelum ini memaklumkan Instagram mengenai bahan di platform itu membabitkan jenayah seperti perjudian atau kesalahan seksual, tetapi respons Instagram tidak memuaskan, kata Uraloglu.
- Menteri itu menegaskan Turkiye mempunyai undang-undang dan peraturan, dan syarikat yang diketahui aktif di negara itu mesti mematuhinya.
Pegawai kanan Turkiye pada Selasa memberi isyarat positif untuk mengembalikan akses Instagram di Turkiye sekiranya platform media sosial itu mematuhi peraturan ditetapkan negara tersebut.
Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur, Abdulkadir Uraloglu berkata pegawai Turkiye dan wakil Instagram bertemu dua kali pada minggu lalu dan Isnin untuk membincangkan hal berkenaan, lapor agensi berita Anadolu.
Pada Jumaat, Turkiye mula bertindak menyekat akses platform media sosial itu.
Turkiye sebelum ini memaklumkan Instagram mengenai bahan di platform itu membabitkan jenayah seperti perjudian atau kesalahan seksual, tetapi respons Instagram tidak memuaskan, kata Uraloglu.
Menteri itu menegaskan Turkiye mempunyai undang-undang dan peraturan, dan syarikat yang diketahui aktif di negara itu mesti mematuhinya.
“Saya fikir mereka akan mempertimbangkan sensitiviti kami tidak lama lagi, kami akan memberikan akses segera jika tuntutan kami dipenuhi,” katanya.
Beliau turut menyebut bagaimana firma induk Instagram, Meta meminta maaf kerana memadam hantaran media sosial Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim yang berkaitan dengan kematian pemimpin Palestin, Ismail Haniyeh.
“Tetapi mereka memadam banyak hantaran kami, mereka menyekat akaun tanpa amaran, tetapi tiada permohonan maaf,” kata Uraloglu.
Turkiye akan melindungi nilai dan undang-undangnya sendiri, tetapi negara ini tidak dan tidak pernah mengambil dasar pelarangan sesuatu secara total (prohibitionist), katanya. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel