Connect with us

Antarabangsa

564 bangunan sekolah seluruh Gaza rosak akibat serangan Israel – UNICEF

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengesahkan 564 bangunan sekolah (85 peratus sekolah) di Gaza dibedil atau dirosakkan akibat serangan rejim zionis Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengesahkan 564 bangunan sekolah (85 peratus sekolah) di Gaza dibedil atau dirosakkan akibat serangan rejim zionis Israel, lapor Al Jazeera.
  • Manakala hampir semua sekolah di utara Gaza dilaporkan “terkena secara langsung” atau mengalami kerosakan.
  • Insiden itu disusuli dengan Gaza City di mana lebih 90 peratus sekolah dilaporkan rosak atau musnah.
  • Minggu lalu, lebih 100 orang terbunuh selepas Israel menyerang sebuah sekolah di Gaza City yang menempatkan rakyat Palestin dalam pengusiran ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Israel meningkatkan serangan ke atas sekolah-sekolah.
  • Paramedik di tempat kejadian menggambarkan kekejaman insiden itu mengerikan dengan penemuan “cebisan-cebisan badan terpisah”.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengesahkan 564 bangunan sekolah (85 peratus sekolah) di Gaza dibedil atau dirosakkan akibat serangan rejim zionis Israel, lapor Al Jazeera.

Manakala hampir semua sekolah di utara Gaza dilaporkan “terkena secara langsung” atau mengalami kerosakan.

Insiden itu disusuli dengan Gaza City di mana lebih 90 peratus sekolah dilaporkan rosak atau musnah.

Minggu lalu, lebih 100 orang terbunuh selepas Israel menyerang sebuah sekolah di Gaza City yang menempatkan rakyat Palestin dalam pengusiran ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Israel meningkatkan serangan ke atas sekolah-sekolah.

Insiden serangan terhadap Sekolah at-Tabiin pada Sabtu di waktu solat Subuh itu mencetuskan kemarahan global.

Paramedik di tempat kejadian menggambarkan kekejaman insiden itu mengerikan dengan penemuan “cebisan-cebisan badan terpisah”.

Israel mendakwa pejuang Hamas dan Jihad Islam Palestin beroperasi di sekolah itu, namun dakwaan itu dinafikan Hamas.

Israel berulang kali menyerang sekolah, hospital dan universiti di Gaza dengan alasan bangunan-bangunan itu digunakan untuk tujuan ketenteraan tanpa sebarang bukti.

Jumlah keseluruhan kanak-kanak terbunuh semasa peperangan meningkat kepada lebih daripada 16,500, manakala jumlah kematian di Gaza mencecah hampir 40,000 mangsa. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Lubnan haramkan alat kelui dari pesawat

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
  • Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
  • “Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
  • Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
  • Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
  • The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan.

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.

Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.

Media antarabangsa melaporkan Hizbullah memilih menggunakan alat kelui sebagai kaedah komunikasi berteknologi rendah yang dikatakan ‘selamat’ kerana bimbang Israel menggodam telefon pintar mereka dan menggunakannya untuk pengawasan.

Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.

The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending