Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Konflik Palestin-Israel, Penyelesaian dua negara hanya satu jenaka

Tindakan berhenti mengiktiraf Israel adalah lebih penting berbanding mencanang slogan penyelesaian dua negara dan langkah mengiktiraf Palestin, kata aktivis dan penulis, Tariq Ali.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Aktivis dan penulis, Tariq Ali.

KUALA LUMPUR – Tindakan berhenti mengiktiraf Israel adalah lebih penting berbanding mencanang slogan penyelesaian dua negara dan langkah mengiktiraf Palestin, kata aktivis dan penulis, Tariq Ali.

Tariq berkata seruan penyelesaian dua negara adalah satu jenaka dan tindakan mengalih perhatian yang langsung tidak memberi impak.

Beliau menegaskan langkah tepat bagi semua pihak (negara), termasuk Pihak Berkuasa Palestin, adalah untuk menarik balik pengiktirafan terhadap Israel dan memutuskan semua hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara zionis itu.

“Ia hanya satu jenaka untuk terus bercakap mengenai penyelesaian dua negara. Ia hanya satu pengalihan, ia tidak lebih daripada itu.

“Seperti perkara lain yang sedang berlaku.. Negara X, Sepanyol, Ireland, bla bla dari seluruh dunia mengiktiraf Palestin, baiklah, sebagai satu isyarat simbolik, malah ia bagus, tetapi ia tidak bermakna apa-apa!.

“Kerana apa yang kamu iktiraf? Tiada apa-apa, kamu mengiktiraf Pihak Berkuasa Palestin yang telah bekerjasama dan masih lagi sehingga hari ini (bekerjasama) dengan Israel, menolak untuk mengkritik Israel sama sekali dan berharap bahawa Amerika akan melindunginya, yang mana ia jelas tidak akan berlaku.

“Jadi satu-satunya tuntutan serius hari ini, saya rasa, adalah untuk menarik balik pengiktirafan Israel, tarik balik duta-duta kamu, putuskan hubungan dengan mereka, putuskan hubungan perdagangan dengan mereka,” kata Tariq dalam wawancaranya bersama Mark Seddon yang dimuat naik saluran Palestine Deep Dive pada Selasa di platform YouTube.

Tariq yang juga editor di New Left Review itu turut memuji kejayaan negara Arab miskin iaitu Yaman yang dikenali ‘mundur,’ tetapi mampu memberi impak besar terhadap pelabuhan Eilat di Israel.

“Orang-orang Yaman, kamu tahu, dengan sifat romantisisme mereka, sebenarnya telah berjaya.

“Mereka telah menutup pelabuhan Eilat di Israel di mana hampir tiada perdagangan berlaku. Mereka (Israel) dalam keadaan yang sangat teruk (di sana).

Kerana (Yaman) mereka berkata; “Kami tidak akan biarkan kapal-kapal ini melintas, kamu mahu datang, serang kami dan bunuh kami?” mereka berkata kepada Amerika; “Lakukannya!.

“Kamu (AS) melakukannya bertahun-tahun lama, apa hasilnya?, Rakyat kami tanpa lengan dan kaki, kami bersedia untuk melakukan pengorbanan ini untuk Palestin,” kata Tariq. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *