Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) “Abaikan Hamas, hanya tumpu bantuan kemanusiaan” tidak akan membantu Gaza – Aktivis Palestin

Mengabaikan kumpulan penentangan di Gaza dan mengehadkan sokongan hanya kepada bantuan kemanusiaan tidak akan melengkapkan ekosistem membangunkan semula wilayah Palestin itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Aktivis dan pempengaruh Palestin, Khadijah Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Mengabaikan kumpulan penentangan di Gaza dan mengehadkan sokongan hanya kepada bantuan kemanusiaan tidak akan melengkapkan ekosistem membangunkan semula wilayah Palestin itu.

Aktivis dan pempengaruh Palestin, Khadijah Abdul Rahman berkata ini kerana adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk membantu semua pihak yang mempunyai hak di Palestin.

“Seperti mana dalam Islam, (dalam) komuniti, dan tanggungjawab kita, kita tidak boleh hanya mengambil kewajipan bersolat dan kemudiannya mengenepikan (kewajipan) berpuasa (hal rukun Islam), atau berpuasa tetapi tak ambil (kewajipan) bertudung.

“Kumpulan penentangan di Gaza mempunyai hak dan ada hak antarabangsanya, kumpulan penentangan pertahankan tanahnya dan mereka berhak melakukan demikian, dan ia merupakan hak sesiapa sahaja yang diserang tentera,” katanya kepada The Merdeka Times selepas sesi dialog mengenai situasi cabaran semasa di Gaza dan sumbangan global di Taman Tun Dr Ismail di sini pada Selasa.

Aktivis Palestin berpangkalan di Lubnan dan Turkiye itu berkata demikian apabila ditanya berkenaan seruan dalam kalangan negara Islam untuk tidak membantu Hamas, tetapi hanya fokus menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Khadijah berkata sokongan terhadap warga Palestin di segenap peringkat merupakan tanggungjawab orang Islam.

“Menjadi tugas orang Islam bahawa kita harus menyokong dan membantu badan amal (yang menyumbang) kepada semua rakyat Palestin (dalam kalangan) kanak-kanak, wanita, lelaki, kerajaan dan kelompok penentangan kerana ini tugas kita,” katanya.

Khadijah berkata derma perseorangan yang dikumpulkan tidak mencukupi untuk membaiki kerosakan di Gaza.

Katanya, sokongan semua pihak, khususnya kerajaan negara-negara Islam, dalam mengukuhkan perjuangan rakyat Palestin dan pasukan penentangan di Gaza penting untuk pembinaan semula wilayah Palestin itu. – The Merdeka Times

Author