Antarabangsa
Rayu AS hantar lebih banyak senjata, Netanyahu ikrar ‘selesaikan’ Gaza lebih cepat
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu merayu kepada penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) supaya menghantar lebih banyak senjata kepada Israel dalam ucapannya di Kongres pada Rabu.

- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu merayu kepada penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) untuk menghantar lebih banyak senjata kepada Israel dalam ucapannya di Kongres AS pada Rabu.
- Netanyahu berikrar penyaluran senjata dengan kadar segera akan membolehkan Israel “menyelesaikan tugas dengan lebih cepat” di Gaza, sekaligus merujuk kepada genosid (pembunuhan beramai-ramai) ke atas rakyat Palestin di wilayah konflik itu.
- Kenyataan Netanyahu di Kongres itu secara jelas menunjukkan hubungan pembekalan senjata AS dan tindakan genosid rejim Israel ke atas Gaza.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu merayu kepada penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) supaya menghantar lebih banyak senjata kepada Israel dalam ucapannya di Kongres pada Rabu.
Netanyahu berikrar penyaluran senjata dengan kadar segera akan membolehkan Israel “menyelesaikan tugas dengan lebih cepat” di Gaza, sekali gus merujuk kepada genosid (pembunuhan beramai-ramai) ke atas rakyat Palestin di wilayah konflik itu.
Kenyataan Netanyahu di Kongres itu secara jelas menunjukkan hubungan pembekalan senjata AS dan tindakan genosid rejim Israel ke atas Gaza.
“Mempercepatkan bantuan ketenteraan AS mampu mempercepatkan pengakhiran perang di Gaza dan membantu mencegah peperangan yang lebih luas di Timur Tengah.
“Dalam Perang Dunia II, ketika Britain berjuang di barisan hadapan ketamadunan (ketika itu), Winston Churchill merayu kepada Amerika dengan kata-kata masyhur berikut: “Beri kami alatnya dan kami akan selesaikan tugasnya”.
“Hari ini, ketika mana Israel berjuang di barisan hadapan ketamadunan, saya juga merayu kepada Amerika; Berikan kami peralatannya dengan lebih cepat, dan kami akan menyelesaikan tugas ini dengan lebih cepat,” kata Netanyahu dipetik portal Truthout.
Retorik ini amat mengerikan bagi mereka yang mengikuti pembunuhan beramai-ramai di mana tentera rejim Israel menyatakan dengan jelas kesanggupannya membunuh rakyat Palestin di Gaza, termasuk bayi baru lahir.
“Menyelesaikan tugas dengan lebih cepat” dalam konteks yang dilabel pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilihat termasuk tindakan “genosid” kebuluran, meningkatnya wabak polio dan serangan tidak henti-henti Israel, menurut pengulas merupakan seruan penuh pembersihan etnik terhadap warga Palestin di Gaza. – The Merdeka Times
