Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu bukanlah mangsa, dia “pengecut” – Ketua pembangkang Israel

Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid pada Isnin menafikan dakwaan hasutan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan mengatakan setiap tentera Israel di Gaza lebih terancam berbanding dirinya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).
  • Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid pada Isnin menafikan dakwaan hasutan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan mengatakan setiap tentera Israel di Gaza lebih terancam berbanding dirinya.
  • Lapid menyatakan pandangannya menerusi catatan di platform media sosial X merujuk kepada mesyuarat kerajaan yang diadakan pada Ahad.
  • “Dua jam perbincangan kerajaan adalah berkenaan hasutan terhadapnya. Tiada perbincangan selama dua jam mengenai 101 mangsa Kibbutz Bari. Tiada perbincangan selama dua jam mengenai pembukaan tahun persekolahan di utara pada 1 September.
  • “Apakah hanya hasutan terhadapnya sahaja bernilai dua jam perbincangan? Apakah itu sahaja yang penting?” kata Lapid dipetik agensi berita Anadolu.
  • “Netanyahu bukanlah mangsa, dia cengeng dan pengecut. Setiap tentera di Gaza lebih terancam (nyawa) berbandingnya,” kata Lapid.
  • Netanyahu dikecam atas serangan rejim Israel ke atas Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu walaupun gesaan gencatan senjata semakin meningkat di wilayah Palestin.

Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid pada Isnin menafikan dakwaan hasutan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan mengatakan setiap tentera Israel di Gaza lebih terancam berbanding dirinya.

Lapid menyatakan pandangannya menerusi catatan di platform media sosial X merujuk kepada mesyuarat kerajaan yang diadakan pada Ahad.

“Dua jam perbincangan kerajaan adalah berkenaan hasutan terhadapnya. Tiada perbincangan selama dua jam mengenai 101 mangsa Kibbutz Bari. Tiada perbincangan selama dua jam mengenai pembukaan tahun persekolahan di utara pada 1 September.

“Apakah hanya hasutan terhadapnya sahaja bernilai dua jam perbincangan? Apakah itu sahaja yang penting?” kata Lapid dipetik agensi berita Anadolu.

Lapid terus bertindak mengkritik Netanyahu.

“Netanyahu bukanlah mangsa, dia cengeng dan pengecut. Setiap tentera di Gaza lebih terancam (nyawa) berbandingnya,” kata Lapid.

Ketua pembangkang itu menuduh Netanyahu menubuhkan “mesin racun” dan “mesin hasutan” yang perlahan-lahan bakal mengambil alih semua media di Israel sambil “merungut bahawa mereka sedang menghasut menentangnya”.

Netanyahu dikecam atas serangan rejim Israel ke atas Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu walaupun gesaan gencatan senjata semakin meningkat di wilayah Palestin.

Hampir 38,700 rakyat Palestin terbunuh sejak itu, majoritinya wanita dan kanak-kanak dengan lebih 89,000 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author