Antarabangsa
Kediaman Ismail Haniyeh dibedil peluru berpandu
Pemimpin Hamas, As-syahid Ismail Haniyeh terbunuh akibat bedilan peluru berpandu udara menyasarkan kediamannya di Iran, lapor Al Jazeera.

- Pemimpin Hamas, As-syahid Ismail Haniyeh terbunuh akibat bedilan peluru berpandu udara menyasarkan kediamannya di Iran, lapor Al Jazeera.
- Tempat didiaminya itu merupakan kediaman khas veteran tentera yang terletak di utara Tehran dan berlaku sekitar jam 2 pagi waktu tempatan (22:30 GMT pada Selasa).
- Israel masih berdiam diri berkenaan kematian Haniyeh dengan media di sana melaporkan pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengarahkan menteri kabinet untuk tidak mengulas.
Pemimpin Hamas, As-syahid Ismail Haniyeh terbunuh akibat bedilan peluru berpandu udara menyasarkan kediamannya di Iran, lapor Al Jazeera.
Tempat didiaminya itu merupakan kediaman khas veteran tentera yang terletak di utara Tehran dan berlaku sekitar jam 2 pagi waktu tempatan (22:30 GMT pada Selasa).
Israel masih berdiam diri berkenaan kematian Haniyeh dengan media di sana melaporkan pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengarahkan menteri kabinet untuk tidak mengulas.
Rejim zionis Israel melancarkan perang di Gaza dengan janji untuk menghapuskan Hamas dan pemimpinnya selepas insiden serangan balas rentas sempadan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Terdahulu, Haniyeh dan salah seorang pengawal peribadinya dilaporkan terbunuh selepas bangunan tempat mereka menginap diserang.
Pemimpin utama Hamas itu berada di Tehran untuk menghadiri majlis penabalan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Selasa. – The Merdeka Times
