Connect with us

Terkini

JPA sedia peluang graduan TVET berkhidmat dalam sektor awam

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan ruang dan peluang kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkelayakan untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam melalui syarat lantikan lebih luas dan fleksibel. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan ruang dan peluang kepada graduan TVET yang berkelayakan untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam melalui syarat lantikan lebih luas dan fleksibel. 
  • Ia selaras dengan keputusan kerajaan meneruskan usaha memperkasakan TVET di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
  • “Di antara inisiatif yang diambil adalah memperluaskan kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam syarat lantikan di Gred 19 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) diperluaskan dalam syarat lantikan di Gred 29. 
  • “Pelaksanaan inisiatif ini akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat,” kata JPA dalam kenyataan media semalam ketika mengulas isu pengiktirafan kelayakan TVET dalam perkhidmatan awam.
  • The Merdeka Times pada Isnin melaporkan terdapat seorang individu mendakwa Diploma Kemahiran TVET tidak diiktiraf JPA untuk digunapakai bagi berkhidmat dalam skim perkhidmatan awam kecuali Skim Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan Penolong Pegawai Latihan.

KUALA LUMPUR —  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan ruang dan peluang kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkelayakan untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam melalui syarat lantikan lebih luas dan fleksibel. 

JPA dalam kenyataan media berkata perkara berkenaan selaras dengan keputusan kerajaan meneruskan usaha memperkasakan TVET di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Di antara inisiatif yang diambil adalah memperluaskan kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam syarat lantikan di Gred 19 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) diperluaskan dalam syarat lantikan di Gred 29. 

“Pelaksanaan inisiatif ini akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat. 

“JPA sentiasa bekerjasama dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia untuk memperuntukkan kelayakan TVET yang diiktiraf MQA dalam kelayakan masuk skim perkhidmatan yang bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam,” kata JPA dalam kenyataan media semalam ketika mengulas isu pengiktirafan kelayakan TVET dalam perkhidmatan awam.

The Merdeka Times pada Isnin melaporkan terdapat seorang individu mendakwa Diploma Kemahiran TVET tidak diiktiraf JPA untuk digunapakai bagi berkhidmat dalam skim perkhidmatan awam kecuali Skim Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan Penolong Pegawai Latihan.

Dakwaan itu dibuat individu terbabit di Telegram ‘Edisi Siasat’ (ES) dan meminta ES menyebarkan perkara berkenaan kerana kesian melihat ramai anak muda dan ibu bapa tertipu dengannya.

Susulan itu, Majlis TVET Negara (MTVET) menafikan dakwaan tersebut di mana berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia dikeluarkan JPA, 68 skim perkhidmatan iaitu 66 skim perkhidmatan gred 19 dan 2 skim perkhidmatan gred 29 telah memperuntukkan Persijilan Kemahiran Malaysia sebagai salah satu syarat permohonan ke Perkhidmatan Awam.

Malah berdasarkan Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam atau eSisraf, kelayakan DKM turut diterima untuk lantikan ke perjawatan Perkhidmatan Awam.

Dalam pada itu, JPA menjelaskan penetapan kelayakan TVET dalam syarat lantikan ke Perkhidmatan Awam bergantung kesesuaian bidang kemahiran tertentu di dalam skop dan huraian tugas sesuatu skim perkhidmatan, serta dilaksanakan susulan perbincangan dengan Ketua Perkhidmatan berkaitan.

Sebagai contoh, peruntukan SKM dalam bidang pengangkutan diletakkan sebagai syarat lantikan ke skim perkhidmatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 kerana bidang tersebut yang bersesuaian skim berkenaan berbanding skim perkhidmatan Pembantu Perikanan Gred G19 yang menetapkan syarat SKM dalam bidang pertanian dan asas tani,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com

Author