Connect with us

Antarabangsa

Erdogan ancam ‘masuk’ Israel

Turkiye mungkin bertindak memasuki Israel, seperti mana dilakukan di Libya dan Nagorno-Karabakh, bagi membantu rakyat Palestin, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • Turkiye mungkin bertindak memasuki Israel, seperti mana dilakukan di Libya dan Nagorno-Karabakh, bagi membantu rakyat Palestin, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.
  • “Kita hendaklah kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara-perkara bodoh terhadap Palestin. Sama seperti kita memasuki Karabakh, sama seperti kita memasuki Libya, kita mungkin melakukan perkara sama terhadap mereka (Israel),” kata Erdogan dipetik MEE pada Ahad semasa mesyuarat Parti AK di kampung halamannya di Rize.
  • Kenyataan Erdogan itu merujuk kepada campur tangan ketenteraan Turkiye di Libya pada 2020 untuk menyokong kerajaan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Kerajaan Perpaduan Nasional Libya. 
  • Tahun lalu, Turkiye berkata ia menggunakan “semua cara”, termasuk ketenteraan, untuk menyokong Azerbaijan yang melancarkan operasi ketenteraan di Nagorno-Karabakh. 

Turkiye mungkin bertindak memasuki Israel, seperti mana dilakukan di Libya dan Nagorno-Karabakh, bagi membantu rakyat Palestin, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.

“Kita hendaklah kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara-perkara bodoh terhadap Palestin. Sama seperti kita memasuki Karabakh, sama seperti kita memasuki Libya, kita mungkin melakukan perkara sama terhadap mereka (Israel),” kata Erdogan dipetik MEE pada Ahad semasa mesyuarat Parti AK di kampung halamannya di Rize.

Erdogan dalam mesyuarat yang disiarkan di televisyen berkata Turkiye mesti kuat untuk melakukannya.

“Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh melakukannya… Kita seharusnya kuat supaya kita boleh mengambil langkah-langkah ini,” kata Erdogan.

Presiden Turkiye itu “mengikut jejak langkah Saddam Hussein dan mengancam untuk menyerang Israel,” demikian respon Israel Katz (Menteri Luar Israel) terhadap komen Erdogan di platform X.

Erdogan harus “ingat apa yang berlaku di sana dan bagaimana pengakhirannya”, kata Katz.

Kenyataan Erdogan itu merujuk kepada campur tangan ketenteraan Turkiye di Libya pada 2020 untuk menyokong kerajaan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Kerajaan Perpaduan Nasional Libya. 

Tahun lalu, Turkiye berkata ia menggunakan “semua cara”, termasuk ketenteraan, untuk menyokong Azerbaijan yang melancarkan operasi ketenteraan di Nagorno-Karabakh. 

Turkiye bagaimanapun menafikan campur tangan secara langsung dalam operasi ketenteraan di kawasan itu. – The Merdeka Times

Author