Connect with us

Antarabangsa

Angka korban Gaza mungkin cecah 186,000 – The Lancet

Jumlah kematian di Gaza akibat serangan tentera Israel boleh mencecah 186,000 orang, lapor jurnal perubatan terkemuka The Lancet.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jumlah kematian di Gaza akibat serangan tentera Israel boleh mencecah 186,000 orang, lapor jurnal perubatan terkemuka The Lancet.
  • Artikel baharu jurnal itu menyatakan angka tersebut diperoleh dengan pendaraban jumlah kematian semasa dengan jumlah jangkaan kematian tidak langsung.
  • “Dengan mengaplikasikan anggaran konservatif sebanyak empat kematian tidak langsung bagi satu kematian langsung untuk 37,396 kematian dilaporkan, tidak mustahil dianggarkan sehingga 186,000 kematian atau lebih boleh dikaitkan dengan konflik semasa di Gaza.
  • “Dengan menggunakan anggaran populasi Gaza (tahun) 2022 sebanyak 2,375,259, ini diterjemahkan kepada 7.9 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi di Jalur Gaza,” kata The Lancet.

Jumlah kematian di Gaza akibat serangan tentera Israel boleh mencecah 186,000 orang, lapor jurnal perubatan terkemuka The Lancet.

Artikel baharu jurnal itu menyatakan angka tersebut diperoleh dengan pendaraban jumlah kematian semasa dengan jumlah jangkaan kematian tidak langsung.

“Walaupun konflik itu berakhir serta-merta, kematian tidak langsung akan terus berlaku dalam beberapa bulan dan tahun akan datang disebabkan penyakit reproduktif, berjangkit dan tidak berjangkit.

“Jumlah keseluruhan kematian dijangka besar, melihat kepada intensiti konflik ini; infrastruktur penjagaan kesihatan musnah; kekurangan makanan, air, dan tempat tinggal yang teruk; ketidakmampuan penduduk untuk melarikan diri ke tempat selamat; dan hilangnya dana UNRWA, salah satu daripada beberapa organisasi kemanusiaan yang masih aktif di Gaza.

“Dalam konflik baru-baru ini, kematian tidak langsung (dilihat) di antara tiga hingga 15 kali jumlah kematian langsung. 

“Dengan mengaplikasikan anggaran konservatif sebanyak empat kematian tidak langsung bagi satu kematian langsung untuk 37,396 kematian dilaporkan, tidak mustahil dianggarkan sehingga 186,000 kematian atau lebih boleh dikaitkan dengan konflik semasa di Gaza.

“Dengan menggunakan anggaran populasi Gaza (tahun) 2022 sebanyak 2,375,259, ini diterjemahkan kepada 7.9 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi di Jalur Gaza,” kata The Lancet.

Jurnal itu berkata jumlah 37,396 kematian di Gaza setakat 19 Jun lalu menurut Kementerian Kesihatan Gaza, berkemungkinan besar tepat (atau dianggarkan rendah) kerana disokong analisa bebas.

Ia menyatakan angka kementerian itu dipertikaikan pihak berkuasa Israel tetapi diterima dan dianggap tepat oleh perkhidmatan perisikan Israel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending