Connect with us

Terkini

Warga China paling ramai sertai Malaysia My Second Home

Warga China kekal di tangga teratas sebagai pemegang pas Program Malaysia My Second Home (MM2H) dengan jumlah 24,765 daripada 56,066 individu setakat 31 Januari 2024 iaitu 44 peratus daripada bilangan tersebut.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Warga China kekal di tangga teratas sebagai pemegang pas Program Malaysia My Second Home (MM2H) dengan jumlah 24,765 daripada 56,066 individu setakat 31 Januari 2024 iaitu 44 peratus daripada bilangan tersebut.
  • Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menjangkakan lebih ramai warga asing akan menyertai program MM2H kerana kerajaan sedang mengkaji untuk melonggarkan beberapa syarat.
  • “(Kementerian Pelancongan) bersama KDN dan Jabatan Imigresen, sedang memperhalusi dan memperincikan setiap cadangan untuk menambah baik keperluan program dengan mengambil kira input dan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan pemain industri, supaya jumlah bilangan peserta dapat ditingkatkan, menggalakkan kedatangan pelancong dan pelabur asing ke Malaysia,” katanya dipetik The Star pada 12 Mac lalu.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 14 Mac lalu pula dilaporkan berkata persyaratan MM2H dipermudahkan bukan sahaja membabitkan proses permohonan, malah kadar simpanan tetap dan jumlah pembelian hartanah dengan harga munasabah.
  • Penyertaan MM2H dilaporkan pada 2023 mengalami kejatuhan 90 peratus berikutan pelaksanaan syarat-syarat baharu yang diperkenalkan pada 2021 disifatkan “tidak mesra” selepas program itu diaktifkan semula susulan dibekukan akibat pandemik COVID-19.
  • Ketika itu Perunding MM2H, Tara Lim berkata antara kesukaran dihadapi pemohon adalah memenuhi tempoh penginapan minimum 90 hari kerana pemohon mempunyai pekerjaan di negara mereka dan akan menghadapi masalah mendapatkan cuti daripada majikan.

KUALA LUMPUR — Warga China kekal di tangga teratas sebagai pemegang pas Program Malaysia My Second Home (MM2H) dengan jumlah 24,765 daripada 56,066 individu setakat 31 Januari 2024 iaitu 44 peratus daripada bilangan tersebut.

Ia diikuti Korea Selatan (4,940), Jepun (4,733), Bangladesh (3,604), United Kingdom (2,234), Taiwan (1,611), Amerika Syarikat (1,340), Singapura (1,282), India (1,223) dan Australia (1,069).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata beliau turut menjangkakan lebih ramai warga asing akan menyertai program MM2H kerana kerajaan sedang mengkaji untuk melonggarkan beberapa syarat.

“(Kementerian Pelancongan) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen, sedang memperhalusi dan memperincikan setiap cadangan untuk menambah baik keperluan program dengan mengambil kira input dan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan pemain industri, supaya jumlah bilangan peserta dapat ditingkatkan, menggalakkan kedatangan pelancong dan pelabur asing ke Malaysia.

“Antara syarat yang diperiksa ialah kelayakan umur, kemampuan kewangan, tempoh pemastautin minimum, tempoh lulus MM2H dan kemudahan pemilikan harta kediaman,” katanya dipetik The Star pada 12 Mac lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 14 Mac lalu pula dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan untuk meminda syarat-syarat permohonan MM2H bagi menarik lebih ramai peserta warga asing ke negara ini.

Zahid Hamidi berkata persyaratan MM2H dipermudahkan bukan sahaja membabitkan proses permohonan, malah kadar simpanan tetap dan jumlah pembelian hartanah dengan harga munasabah.

Katanya, antara persyaratan diubah ialah jumlah simpanan tetap yang diwajibkan ditukar kepada tiga kategori membabitkan Platinum, Emas dan Perak, dengan jumlah bagi kategori Platinum ialah RM4.49 juta (AS$960,000).

Selain itu, pemohon akan mendapat kelulusan permohonan selepas borang diisi mengikut syarat dalam tempoh tiga hari bekerja dan hartanah dibeli peserta tidak boleh dijual sebelum mencapai tempoh matang selama 10 tahun sekurang-kurangnya, selain penyambungan visa peserta akan dibuat setiap lima tahun.

“Selain itu, kita akan berikan kemudahan lain terutamanya dari segi pendidikan jika peserta MM2H ada anak untuk bersekolah di institusi pilihan mereka,” katanya.

Penyertaan MM2H dilaporkan pada 2023 mengalami kejatuhan sebanyak 90 peratus berikutan pelaksanaan syarat-syarat baharu yang diperkenalkan pada 2021 disifatkan “tidak mesra” selepas program itu diaktifkan semula susulan dibekukan akibat pandemik COVID-19.

Ketika itu Perunding MM2H, Tara Lim berkata antara kesukaran dihadapi pemohon adalah memenuhi tempoh penginapan minimum 90 hari kerana pemohon mempunyai pekerjaan di negara mereka dan akan menghadapi masalah mendapatkan cuti daripada majikan.

Difahamkan, MM2H diperkenal KDN bagi menggalakkan lebih ramai peserta dari negara luar atau warga asing menetap di sini sekali gus mendorong pengaliran masuk mata wang asing.

Program diperkenal pada 2002 hingga 2019 itu merangsang ekonomi negara berjumlah RM11.89 bilion secara kumulatif menerusi fi visa, pembelian hartanah, pembelian kenderaan persendirian, simpanan tetap dan perbelanjaan isi rumah. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending