Connect with us

Antarabangsa

Wanita Texas cuba bunuh dua kanak-kanak Palestin-Amerika di kolam renang

Seorang wanita Texas menghadapi tuduhan percubaan membunuh dengan niat selepas menenggelamkan dua kanak-kanak Palestin-Amerika di kolam renang sebuah pangsapuri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Wanita Texas yang menghadapi tuduhan percubaan membunuh dengan niat selepas menenggelamkan dua kanak-kanak Palestin-Amerika.
  • Seorang wanita Texas menghadapi tuduhan percubaan membunuh dengan niat selepas menenggelamkan dua kanak-kanak Palestin-Amerika di kolam renang sebuah pangsapuri.
  • AJ+ melaporkan seorang ibu Palestin yang memakai pakaian renang sopan sedang memerhatikan anak lelakinya, 6, dan anak perempuannya, 3, apabila wanita tersebut menghampiri mereka.
  • Didapati mabuk, wanita itu pada mulanya bertanya asal-usul mereka sebelum melompat ke dalam kolam dan menarik kanak-kanak itu ke bahagian dalam paling hujung untuk melemaskan mereka.
  • Anak lelaki itu berjaya melarikan diri, tetapi anak perempuannya ditahan dalam air sehingga kemudiannya muntah air sebelum seorang saksi menyelamatkannya.

Seorang wanita Texas menghadapi tuduhan percubaan membunuh dengan niat selepas menenggelamkan dua kanak-kanak Palestin-Amerika di kolam renang sebuah pangsapuri.

AJ+ melaporkan seorang ibu Palestin yang memakai pakaian renang sopan sedang memerhatikan anak lelakinya, 6, dan anak perempuannya, 3, apabila wanita tersebut menghampiri mereka.

Didapati mabuk, wanita itu pada mulanya bertanya asal-usul mereka sebelum melompat ke dalam kolam dan menarik kanak-kanak itu ke bahagian dalam paling hujung untuk melemaskan mereka.

Anak lelaki itu berjaya melarikan diri, tetapi anak perempuannya ditahan dalam air sehingga kemudiannya muntah air sebelum seorang saksi menyelamatkannya.

Kumpulan hak asasi manusia percaya insiden keganasan itu mesti dianggap sebagai jenayah kebencian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending