Connect with us

Terkini

(VIDEO) Wartawan warganegara China temubual Wee Ka Siong dalam Bahasa Melayu

Kefasihan seorang wartawan warganegara China menemubual Presiden parti politik MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong di Beijing dengan menggunakan Bahasa Melayu mendapat pujian netizen di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Wartawan China, Husna Liang (kiri) & Presiden parti politik MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (kanan).
  • Wartawan China menemubual Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong di Beijing menggunakan Bahasa Melayu.
  • Wartawan yang bernama Husna Liang itu memuat naik video temubualnya bersama Presiden MCA baru-baru ini di Facebook semalam.
  • Dalam video berdurasi 2 minit 47 saat itu, Husna bertanyakan tentang sambutan Pesta Perahu Naga di Malaysia.

Kefasihan seorang wartawan warganegara China menemubual Presiden parti politik MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong di Beijing dengan menggunakan Bahasa Melayu mendapat pujian netizen di negara ini.

Wartawan yang bernama Husna Liang itu memuat naik video temubualnya bersama Presiden MCA itu di Facebook semalam.

Dalam video berdurasi 2 minit 47 saat itu, Husna bertanyakan tentang sambutan Pesta Perahu Naga di Malaysia.

“Dr. Wee memberi contoh menarik untuk menunjukkan interaksi antara rakyat dalam pewarisan budaya tradisional,” tulis Husna dalam hantaran tersebut.

Husna merupakan lepasan graduan dari Universiti Minzu Yunnan di China dan pernah belajar di Universiti Malaya (UM) di bawah program pertukaran pelajar selama dua semester.

Netizen yang rata-ratanya kagum dengan kefasihan berbahasa Melayu Husna turut meninggalkan komen positif pada hantaran tersebut. 

“Orang China berbahasa Melayu tak pelat langsung seperti orang Melaka rata-ratanya,” kata Neil Foo.

Pok Nik pula mengucapkan tahniah kepada Husna atas kefasihannya.

“Tahniah Husna fasih bercakap Melayu. Tapi masih ramai lagi rakyat Malaysia tapi tak fasih bercakap Melayu,” katanya.

Foto: Komen netizen.

Sumber: Facebook Husna Liang

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending