Connect with us

Terkini

(VIDEO) ‘Saya dianiaya, ini semua fitnah’ – Bapa Zayn Rayyan

‘Saya dianiaya, ini semua fitnah’ kata bapa Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bapa Zayn Rayyan (tengah) di mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.
  • ‘Saya dianiaya, ini semua fitnah’ kata bapa Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.
  • Ia menyebabkan keadaan menjadi kecoh apabila beberapa individu dipercayai ahli keluarga menjerit sebelum ibu bapa Zayn Rayyan yang direman selama tujuh hari berakhir hari ini, dibawa masuk mahkamah bagi prosiding sambungan atau penamatan reman. 
  • Kira-kira 20 individu dipercayai ahli keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin berkumpul di luar Kompleks Mahkamah di sini pagi ini, sejurus ibu bapa kanak-kanak autisme itu dibawa masuk ke Mahkamah Majistret untuk prosiding reman. 
  • Mereka memegang kain rentang bertulis ‘Allahuakbar Keadilan Untuk Zaim & Isma’, ‘Justice For Zayn Rayyan’ dan ‘Keadilan Untuk Zayn Rayyan’. 
  • Pada 5 Disember 2023, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai sebelum mayatnya ditemui berhampiran aliran anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok unit kediamannya di Apartment Idaman pada keesokan hari.
  • Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

KUALA LUMPUR — ‘Saya dianiaya, ini semua fitnah’ kata bapa Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Ia menyebabkan keadaan menjadi kecoh apabila beberapa individu dipercayai ahli keluarga menjerit sebelum ibu bapa Zayn Rayyan yang direman selama tujuh hari berakhir hari ini, dibawa masuk mahkamah bagi prosiding sambungan atau penamatan reman. 

Memetik laporan Berita Harian, dimaklumkan pihak media tidak dibenarkan mengikuti prosiding itu memandangkan masih lagi di peringkat permohonan untuk siasatan.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan akan memohon sambungan reman kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan pembunuhan mangsa.

Pada 5 Disember 2023, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai sebelum mayatnya ditemui berhampiran aliran anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok unit kediamannya di Apartment Idaman pada keesokan hari.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sementara itu, kira-kira 20 individu dipercayai ahli keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin berkumpul di luar Kompleks Mahkamah di sini pagi ini, sejurus ibu bapa kanak-kanak autisme itu dibawa masuk ke Mahkamah Majistret untuk prosiding reman. 

Mereka memegang kain rentang bertulis ‘Allahuakbar Keadilan Untuk Zaim & Isma’, ‘Justice For Zayn Rayyan’ dan ‘Keadilan Untuk Zayn Rayyan’. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending