Connect with us

Terkini

(VIDEO) Hanya sukarelawan, bukan lantik guru Bahasa Inggeris dari Singapura – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan Malaysia berhasrat melantik guru Bahasa Inggeris dari Singapura untuk mengajar di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan Malaysia berhasrat melantik guru Bahasa Inggeris dari Singapura untuk mengajar di negara ini.
  • Anwar menjelaskan perbincangan beliau bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong adalah berkenaan mengadakan “skim bantuan” atau melantik sukarelawan yang dibayar pemerintah negara republik itu untuk mengajar Bahasa Inggeris di kawasan miskin bandar, desa dan pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • “Saya beritahu boleh tak ada skim dari Singapura seperti mana skim bantuan ataupun dari segi hubungan diplomasi antara negara untuk mereka membantu.
  • “Bukan kita pilih guru daripada Singapura… Dengarlah dulu, kadang-kadang jadi pakar pakar tiga minit kemudian terus lontar di media sosial faktanya salah,” katanya.
  • Beberapa pihak sebelum ini, termasuk bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengkritik cadangan pengambilan guru Bahasa Inggeris dari Singapura yang menjadi perbahasan sejak Rabu.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan Malaysia berhasrat melantik guru Bahasa Inggeris dari Singapura untuk mengajar di negara ini.

Sebaliknya, Anwar menjelaskan perbincangan beliau bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong adalah berkenaan mengadakan “skim bantuan” atau melantik sukarelawan yang dibayar pemerintah negara republik itu untuk mengajar Bahasa Inggeris di kawasan miskin bandar, desa dan pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Saya beritahu boleh tak ada skim dari Singapura seperti mana skim bantuan ataupun dari segi hubungan diplomasi antara negara untuk mereka membantu.

“Bukan kita pilih guru daripada Singapura… Dengarlah dulu, kadang-kadang jadi pakar pakar tiga minit kemudian terus lontar di media sosial faktanya salah. 

“Apa yang salah? Salahnya ialah bahawa kita sekarang (kononnya) akan melantik guru bahasa Inggeris dari Singapura…itu salah,” katanya.

Difahamkan beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di Putrajaya, hari ini.

Beberapa pihak sebelum ini, termasuk bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengkritik cadangan pengambilan guru Bahasa Inggeris dari Singapura yang menjadi perbahasan sejak Rabu.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) juga antara pihak yang berharap kerajaan tidak meneruskan hasrat tersebut, kerana berpandangan ramai lagi tenaga tempatan mempunyai kelulusan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berminat dan layak dilantik menjadi guru bahasa Inggeris.

Katanya,  kerajaan seharusnya perkasakan tenaga tempatan untuk mengisi kekurangan guru bahasa Inggeris sebelum mempertimbangkan cadangan membawa guru dari Singapura. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending