Connect with us

Terkini

(VIDEO) Aktivis “Gegar Amerika” kecam AS di majlis makan malam kedutaan

Aktivis “Gegar Amerika” menyuarakan bantahan terhadap tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bersubahat melakukan kekejaman genosid (pembunuhan beramai-ramai) di Gaza di Majlis Makan Malam Hari Kebangsaan AS di Hotel Mandarin Oriental, KLCC, semalam.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Aktivis “Gegar Amerika” menyuarakan bantahan terhadap tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) melakukan kekejaman di Gaza di Majlis Makan Malam Hari Kebangsaan AS di Hotel Mandarin Oriental, KLCC, semalam.

KUALA LUMPUR – Aktivis “Gegar Amerika” menyuarakan bantahan terhadap tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bersubahat melakukan kekejaman genosid (pembunuhan beramai-ramai) di Gaza di Majlis Makan Malam Hari Kebangsaan AS di Hotel Mandarin Oriental, KLCC, semalam.

Video rakaman insiden itu dimuat naik kumpulan terbabit di platform X memaparkan seorang aktivis berbaju merah bertindak membantah tindakan AS menyalurkan senjata kepada Israel yang membunuh warga Palestin di Gaza, menyebabkannya dihalang dari memasuki premis tersebut.

“Kamu semua bersubahat dalam genosid. Kamu semua bersubahat, dalam pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin di Gaza, kamu bertanggungjawab, Amerika bertanggungjawab kerana menghantar senjata ke Gaza dan membunuh kanak-kanak Palestin.

“Kamu semua bertanggungjawab. Kamu semua menyokong pembunuh, kamu semua menyokong pembunuh, Malu ke atas kamu, malu ke atas kamu! Kamu memalukan kerana menyokong pembunuhan rakyat Palestin, 15,000 kanak-kanak di Gaza terbunuh.

“Bebaskan Palestin! Bebaskan Palestin! Bebaskan Palestin!,” kata aktivis itu dalam video dimuat naik pada 9.16 malam semalam (10 Jun 2024).

Gegar Amerika di platform X menyatakan mereka merupakan gerakan belia anti-imperialis dan anti-zionis, memperjuangkan kemerdekaan Dunia Selatan dari imperialisme Barat yang kini berfokus kepada isu Palestin.

Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) di platform X pada 7 Jun lalu menyeru kepada protes senyap Majlis Makan Malam Sambutan Kemerdekaan AS itu yang dijadualkan bermula 5.45 petang semalam.

The Star melaporkan Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan berkata AS menghormati hak bersuara rakyat Malaysia menggesa pembebasan Palestin.

Perkara itu disebutnya apabila mengulas berkenaan situasi sekitar 100 penunjuk perasaan berhimpun dalam protes senyap di luar hotel itu di mana Kedutaan AS sedang mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan mereka yang ke-248. – The Merdeka Times

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending