Connect with us

Antarabangsa

UK lulus lebih 100 lesen eksport senjata ke Israel

United Kingdom (UK) meluluskan lebih 100 lesen eksport penjualan senjata, peralatan ketenteraan dan barangan terkawal lain kepada Israel sejak perang di Gaza, menurut data baharu dikeluarkan Jabatan Perniagaan dan Perdagangan pada Selasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • United Kingdom (UK) meluluskan lebih 100 lesen eksport penjualan senjata, peralatan ketenteraan dan barangan terkawal lain kepada Israel sejak perang di Gaza, menurut data baharu dikeluarkan Jabatan Perniagaan dan Perdagangan pada Selasa.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pendedahan itu dibuat di tengah-tengah penelitian berterusan dan seruan ketelusan yang meningkat dalam keputusan eksport senjata kerajaan.
  • Data menunjukkan lebih 300 lesen masih aktif setakat akhir Mei tahun ini.
  • Lesen ini memudahkan pengilang mengeksport pelbagai jenis peralatan ketenteraan dan bukan ketenteraan buatan UK ke Israel.
  • Peralatan ketenteraan tergolong dalam lesen ini termasuk komponen penting pengoperasian pesawat tentera, kenderaan dan kapal tempur tentera laut.

United Kingdom (UK) meluluskan lebih 100 lesen eksport penjualan senjata, peralatan ketenteraan dan barangan terkawal lain kepada Israel sejak perang di Gaza, menurut data baharu dikeluarkan Jabatan Perniagaan dan Perdagangan pada Selasa.

Agensi berita Anadolu melaporkan pendedahan itu dibuat di tengah-tengah penelitian berterusan dan seruan ketelusan yang meningkat dalam keputusan eksport senjata kerajaan.

Data menunjukkan lebih 300 lesen masih aktif setakat akhir Mei tahun ini.

Lesen itu memudahkan pengilang mengeksport pelbagai jenis peralatan ketenteraan dan bukan ketenteraan buatan UK ke Israel.

Peralatan ketenteraan tergolong dalam lesen itu termasuk komponen penting pengoperasian pesawat tentera, kenderaan dan kapal tempur tentera laut.

Lesen itu secara khusus membenarkan pengeksportan bahagian helikopter dan pesawat sayap tetap (fixed-wing aircraft), peluru latihan senjata ringan, komponen kapal selam dan komponen badan perisai.

Selain peralatan ketenteraan, lesen itu juga meliputi peralatan bukan ketenteraan seperti peranti telekomunikasi, peralatan pembuatan kimia dan kamera pengimejan, menunjukkan skop yang lebih luas perjanjian eksport itu.

Pendedahan data itu dilakukan selepas tekanan berbulan-bulan daripada Ahli Parlimen dan kumpulan advokasi menggesa kerajaan untuk memberikan lebih banyak maklumat dasar eksport senjatanya, terutamanya berkaitan dengan Israel.

Seruan untuk ketelusan diperhebatkan di tengah-tengah kebimbangan semakin meningkat mengenai potensi penggunaan peralatan buatan UK dalam konflik dan pelanggaran hak asasi manusia.

Hal ini terutamanya di wilayah Gaza di mana tentera Israel mengebom penduduk Palestin di kawasan kediaman, kem pelarian, dan juga rumah perlindungan yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *