Connect with us

Antarabangsa

Sokongan Paderi Protestan terhadap perkahwinan gay merosot – Laporan

Sokongan terhadap perkahwinan gay semakin berkurangan dalam kalangan paderi kerana kebanyakan pemimpin Protestan terus menentang perkahwinan sejenis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sokongan terhadap perkahwinan gay semakin berkurangan dalam kalangan paderi kerana kebanyakan pemimpin Protestan terus menentang perkahwinan sejenis.
  • Laporan Lifeway mendapati sokongan terhadap hak gay dilihat terhenti dalam kalangan denominasi arus perdana, lapor Daily Mail.
  • Hanya satu daripada lima paderi ditinjau berkata mereka melihat “tiada yang salah” dengan perkahwinan sejenis apabila ditanya pada 2023.
  • Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 24 peratus paderi gereja dicatatkan pada 2019.
  • Kajian terdahulu menunjukkan sokongan yang semakin meningkat untuk perkahwinan sejenis tetapi mula terbantut pada tahun lepas.

Sokongan terhadap perkahwinan gay semakin berkurangan dalam kalangan paderi kerana kebanyakan pemimpin Protestan terus menentang perkahwinan sejenis.

Laporan Lifeway mendapati sokongan terhadap hak gay dilihat terhenti dalam kalangan denominasi arus perdana, lapor Daily Mail.

Hanya satu daripada lima paderi ditinjau berkata mereka melihat “tiada yang salah” dengan perkahwinan sejenis apabila ditanya pada 2023.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 24 peratus paderi gereja dicatatkan pada 2019.

Kajian terdahulu menunjukkan sokongan semakin meningkat bagi perkahwinan sejenis tetapi mula terbantut pada tahun lepas.

Perdebatan dalam perang budaya mengenai hak-hak LGBT dipersalahkan kerana mengurangkan sokongan terhadap perkahwinan sesama jenis.

“Tinjauan kami menunjukkan bahawa sokongan untuk hak LGBTQ merosot sedikit dari 2022 hingga 2023, walaupun sebahagian besar rakyat Amerika terus menyokong perlindungan anti-diskriminasi untuk LGBTQ warga Amerika dan hak pasangan sejenis untuk berkahwin,’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Agama Awam (PRRI), Melissa Deckman. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending