Connect with us

Terkini

Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri

Peguam ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak lagi mewakili pasangan itu bermula hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Peguam ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co.
  • Peguam ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak lagi mewakili pasangan itu bermula hari ini.
  • Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
  • “Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya dipetik Harian Metro.
  • Pada 5 Disember 2023, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai sebelum mayatnya ditemui berhampiran aliran anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok unit kediamannya di Apartment Idaman pada keesokan hari.
  • Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

KUALA LUMPUR — Peguam ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak lagi mewakili pasangan itu bermula hari ini.

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya dipetik Harian Metro.

Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi, Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 5 Disember 2023, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai sebelum mayatnya ditemui berhampiran aliran anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok unit kediamannya di Apartment Idaman pada keesokan hari.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending