Terkini
Orang ramai disaran beri cadangan pelan pembangunan pendidikan baharu
Orang ramai disaran menyumbang cadangan bagi menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu yang telah bermula 14 Mei lalu hingga 31 Disember ini.

- Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pelan baharu itu bertujuan menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung pelaksanaannya.
- “Selaras dengan konsep whole of society approach, KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik,” menurut KPM dalam kenyataan di sini hari ini.
- Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 boleh diakses melalui pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public.
PUTRAJAYA — Orang ramai disaran menyumbang cadangan bagi menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu yang telah bermula 14 Mei lalu hingga 31 Disember ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pelan baharu itu bertujuan menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung pelaksanaannya.
“Selaras dengan konsep whole of society approach, KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik,” menurut KPM dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagi tujuan itu, KPM memaklumkan portal cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 telah dibangunkan bertujuan memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh masyarakat berkaitan hala tuju pendidikan negara.
Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 boleh diakses melalui pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public. — BERNAMA
