Connect with us

Antarabangsa

Operasi berdarah di Kem Nuseirat, zionis bunuh tiga rakyat sendiri

Tiga tawanan di Gaza terbunuh, termasuk seorang warga AS, dalam serbuan di mana empat tebusan Israel dibebaskan, kata Briged Al-Qassam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tiga tawanan di Gaza terbunuh, termasuk seorang warga AS, dalam serbuan di mana empat tebusan Israel dibebaskan, kata Briged Al-Qassam.
  • Sayap tentera Hamas itu tidak mendedahkan nama mereka yang terbunuh tetapi video dikeluarkan menunjukkan rupa tiga mayat dengan bar sensor di muka (identiti wajah ditutup). 
  • “Tawanan anda tidak akan dibebaskan melainkan tahanan kami (tahanan Palestin) dibebaskan,” kata Briged Al-Qassam dipetik Al Jazeera.
  • “Dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan, musuh dapat membebaskan beberapa tahanannya. Tetapi pada masa yang sama, ia membunuh sebahagian daripada mereka. 
  • “Operasi itu akan menimbulkan bahaya besar (untuk) tawanan musuh dan akan memberi kesan negatif kepada keadaan mereka,” kata Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaida di saluran Telegram.

Tiga tawanan di Gaza terbunuh, termasuk seorang warga AS, dalam serbuan di mana empat tebusan Israel dibebaskan, kata Briged Al-Qassam.

Sayap tentera Hamas itu tidak mendedahkan nama mereka yang terbunuh tetapi video dikeluarkan menunjukkan rupa tiga mayat dengan bar sensor di muka (identiti wajah ditutup). 

“Tawanan anda tidak akan dibebaskan melainkan tahanan kami (tahanan Palestin) dibebaskan,” kata Briged Al-Qassam dipetik Al Jazeera.

“Dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan, musuh dapat membebaskan beberapa tahanannya. Tetapi pada masa yang sama, ia membunuh sebahagian daripada mereka. 

“Operasi itu akan menimbulkan bahaya besar (untuk) tawanan musuh dan akan memberi kesan negatif kepada keadaan mereka,” kata Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaida di saluran Telegram.

Abu Ubaida menyifatkan serbuan Israel itu sebagai “jenayah perang kompleks.”

Israel membebaskan empat tebusan yang ditahan Hamas dalam operasi berdarah di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza pada Sabtu.

Serbuan itu membunuh lebih 274 rakyat Palestin dan mencederakan ratusan di kem pelarian Nuseirat, termasuk lebih 140 wanita, kanak-kanak dan warga emas. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending