Antarabangsa
Kekalahan Al Nassr, Cristiano Ronaldo menangis
Cristiano Ronaldo menitiskan air mata selepas pasukannya Al Nassr tewas kepada Al Hilal dalam perlawanan akhir Piala Raja Saudi menerusi penentuan penalti lewat Jumaat, melanjutkan kemarau trofi Arab Saudinya.
- Cristiano Ronaldo menitiskan air mata selepas pasukannya Al Nassr tewas kepada Al Hilal dalam perlawanan akhir Piala Raja Saudi menerusi penentuan penalti lewat Jumaat, melanjutkan kemarau trofi Arab Saudinya.
- Khaleej Times memetik AFP melaporkan bintang bola sepak Portugal yang kehadirannya pada tahun lalu menyebabkan kedatangan ramai pemain terkemuka ke Liga Pro Saudi itu dilihat menangis ketika Al Hilal meraikan kemenangan mereka.
- Dalam perlawanan sengit yang menyaksikan tiga kad merah, termasuk satu untuk bekas penjaga gol Al Nassr, David Ospina, Ayman Yahya menjaringkan gol pada minit ke-88 untuk membatalkan jaringan awal Al Hilal menerusi Aleksandar Mitrovic.
- Al Hilal menang 5-4 dalam penentuan sepakan untuk melengkapkan kemenangan ‘treble’ piala di Saudi selepas turut memenangi Piala Super dan Liga Pro Saudi, menamatkan saingan tanpa kalah dalam aksi domestik kelab itu.
- Musim ini, Al Hilal dengan pemain bintang Neymar yang cedera sejak Oktober lalu mencipta rekod dengan 34 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.
Cristiano Ronaldo menitiskan air mata selepas pasukannya Al Nassr tewas kepada Al Hilal dalam perlawanan akhir Piala Raja Saudi menerusi penentuan penalti lewat Jumaat, melanjutkan kemarau trofi Arab Saudinya.
Khaleej Times memetik AFP melaporkan bintang bola sepak Portugal yang kehadirannya pada tahun lalu menyebabkan kedatangan ramai pemain terkemuka ke Liga Pro Saudi itu dilihat menangis ketika Al Hilal meraikan kemenangan mereka.
Dalam perlawanan sengit yang menyaksikan tiga kad merah, termasuk satu untuk bekas penjaga gol Al Nassr, David Ospina, Ayman Yahya menjaringkan gol pada minit ke-88 untuk membatalkan jaringan awal Al Hilal menerusi Aleksandar Mitrovic.
Al Hilal menang 5-4 dalam penentuan sepakan untuk melengkapkan kemenangan ‘treble’ piala di Saudi selepas turut memenangi Piala Super dan Liga Pro Saudi, menamatkan saingan tanpa kalah dalam aksi domestik kelab itu.
Musim ini, Al Hilal dengan pemain bintang Neymar yang cedera sejak Oktober lalu mencipta rekod dengan 34 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.
Al Nassr yang berada di tempat kedua dalam liga di belakang Al Hilal, tewas kepada pasukan sama dalam Piala Super, terlepas sekali lagi peluang walaupun Ronaldo yang prolifik menjaringkan rekod 35 gol dalam Liga Pro.
Satu-satunya trofi dimenangi kelab Riyadh itu setakat ini ialah Piala Juara Kelab Arab tahun lalu.
Kontrak Ronaldo yang dikatakan berjumlah 400 juta euro untuk tempoh dua setengah tahun akan tamat pada penghujung musim depan. – The Merdeka Times